France Part 1 (Ke Paris)

Cuti-cuti aku di Perancis aku adalah pada tahun 2006, memang dah plan awal-awal nak jalan dengan Dayah(Jenan) yang belajar kat Toulouse. Memang semangat sangat untuk ke Paris, maklumlah tempat yang glemer. Tambah-tambah nak jumpa kawan Jenan, lagi lah seronok.

Untuk memastikan dapat tiket murah, aku beli tiket flight Easyjet dari Dortmund. Masa tu aku tengah buat praktikal kat Destree GmbH, Gau Algesheim, dekat-dekat Bingen. Kiranya cuti-cuti France ni hadiah habis praktikal lah. hihihi. Jadual flight pon 2 hari lepas habis pratikal, memang tak sabar.

Habis praktikal, aku balik ke rumah asal dan ada bertimbun surat yang aku dapat, salah satunya surat dari Easyjet. Bukak je surat tu,  terkejut sangat sebab flight ke Paris tu cancel. Memang tak boleh nak berfikir dah sebab lagi 2 hari je sepatutnya aku ke Paris. Tiket train dalam France dah beli, hotel pon dah tempah. aduhai.

Lepas dah berfikir, aku cuma ada satu choice je, iaitu naik train. Jadi esoknya aku Gelsenkirchen Hbf untuk cari train yang murah. Sekali, promosi untuk second class youth dah habis. Harga normal memang mahal sangat. Masa tu dah pasrah dan tak kesah berapa pon kena bayar, asalkan boleh ke Paris. Tiba-tiba orang die Bahn(nama syarikat train) tu kata, promosi untuk first class youth masih ada dan lagi murah harganya dari normal ticket second class. Alhamdulillah, dapat juga tiket yang murah sikit, yang bestnya pertama kali dapat aku naik first class Thalys. hihihi. Balik tu memang kemas cepat-cepat sebab esoknya dah nak kena berlepas ke Paris. Seronoknya……..


Thalys

Buat pengetahuan semua, Thalys ni train yang laju di Perancis, lebih kurang macam ICE di Jerman.

Ok, cerita di Paris akan bersambung ke episode seterusnya.

9 thoughts on “France Part 1 (Ke Paris)

  1. k.asma

    wow!!…bestnyer..
    tak sabar tunggu sambungan entri ni dan gambar2 teh di Paris..
    ~oooohh..An Evening in Peyghiihh…hikhik~

  2. along

    Bestnyer dpt gi jalan2 kat France. Buh la gambo banyok sket. Bile la Malaysia nok ader Thalys. Cepat sket kalu nok balik kg. he.he.

  3. k.asma

    hahaha..k.asma gelak besar bile tgk muka yg along punyer..mmg saboh je kan?..k.asma muka sedih..saboh doh..sbb mood sedih sokmo..along plok…hahhaa..lebor je senyum..gigi tersusun,memang sesuai sgt..hahahhaaaa
    yg fizah punyer bukan sedih..tp mcm muka serba salah..mcm tgh duk kate..”eerrr…”..hiihih~

  4. huda Post author

    expression fzh tu sedih pasal teh nak blk mesia, cuti…hahhahaa.
    takdelah, benda tu random je, teh pon tak tau dia ikut apa..maybe nama, ip, ntah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!