Kehidupan

Pohl GmbH : Praktikal pertama

Untuk masuk ke universiti di Jerman, pelajar perlu mempunyai sijil praktikal samada di satu tempat atau 2 tempat berasingan selama sekurang-kurangnya 12 minggu. Di sebabkan masa yang singkat sebelum kemasukan ke universiti, aku buat praktikal pertama di Pohl GmbH selama 8 minggu dan selebihnya dibuat semasa cuti semester di tempat lain. Kalau budak-budak INTEC, mereka dah selesaikan semua praktikal tu di Malaysia lagi.

Carls Duisburg Center (CDC) yang merupakan tempat kami buat persediaan, dipertanggungjawabkan untuk mencari tempat praktikal untuk kami. Mula-mula aku diterima untuk buat praktikal di sebuah kilang solar. Bos kilang solar tu telefon CDC kata seronok nak menerima pelajar perempuan sebab tak pernah lagi pelajar perempuan yang buat praktikal di situ.

Jadi pada hari yang ditetapkan, aku ke kilang tersebut, ditemani oleh salah seorang staff CDC untuk interview. Kilang tu sangat kecil, tapi aku tak kisah asalkan boleh buat praktikal. Tiba-tiba datang seekor anjing. Terkejut aku, rupanya bos kilang tu bela anjing. Bos pon duduk dan bercakap panjang lebar dengan staff CDC. Rupanya dia tak jadi benarkan aku buat praktikal kat kilang dia sebab tak sesuai. Kiranya tak sempat nak di interview pon. huhu. Frustnya masa tu. Staff CDC tu pon terkejut, haritu beria-ria telefon kata seronok, ni tak jadi pulak. Kami pon balik dengan perasaan hampa. ­čÖü

Beberapa hari lepas tu, aku dan Emy dapat tempat praktikal di Pohl GmbH. Tempat ni awalnya, Mira dan Ilham yang dapat tapi diorang diminta CDC buat berdekatan dengan Bingen. Lagi bestlah dapat Pohl GmbH sebab dapat buat sama-sama dengan Emy dan tempat tu pon lagi besar. hihihi.Itulah hikmah namanya, kan.

Masa nak interview tu, berdebar-debar sangat, maklumlah nak kena cakap pon bahasa Jerman. Nasib baik supervisor tu sangat baik dan dia tak kisah aku bertudung pon asalkan kemas dan dimasukkan ke dalam baju. Ada juga tempat-tempat tertentu yang tak membenarkan tudung dipakai.

Jadi aku dan Emy pon mulakanlah kehidupan kami sebagai Praktikantin. Kami start 8:30, habis 15:30. Kira oklah tu, tapi penat sangat kerja kat situ. Yang bestnya, tempat tu cuma 10 minit naik bas saja dari rumah. Latihan kami ialah siapkan fassade windows untuk customer. Yang memenatkan tu sebab kepingan-kepingan tingkap tu berat. Memang bila balik rumah tu, terasa kepenatannya.

Gambar-gambar ni diambil menggunakan handphone yang tak berapa canggih. Gitu jelah hasilnya. hihi

Lepas dah 8 minggu bekerja di kilang ni, akhirnya siaplah praktikal kami yang pertama ­čÖé

9 Comments

  • Nurul
    April 16, 2010 - 13:56 | Permalink

    Teh, cane teh buat bila nak gi tempat yg tak leh pakai tudung tu?
    Nape mrka tak bagi pakai?

  • k.asma
    April 16, 2010 - 16:23 | Permalink

    kecil2 cili padi..walaupun kecik..buat keje menjadi..caya lah..berotot la lengan teh angkat benda tu..haha

  • k.asma
    April 16, 2010 - 12:15 | Permalink

    senang citer,teh buat latihan angkat berat la yea..
    fuh!..cm xpercaye je nak dibandingkan ngan bdn teh yg kecik comel lote tu….
    kalu cmtu,nnt leh ler angkat aidil..hahha..jgn mare..

  • huda
    April 16, 2010 - 12:29 | Permalink

    teh nak letak gambar, nak tunjuk betapa besarnya mende tu. sat gi teh cari kat ne

  • huda
    April 16, 2010 - 14:29 | Permalink

    Tempat teh buat pratikal semuanya ok, takde masalah ngan pemakaian tudung.
    yang tak bagi tu alasannya tak selamat, tapi sebenarnya pakai tudung masuk dalam tu lebih selamat dari ikat rambut. Jerman ok lagi, banyak yang masih consider.
    Ada jugak kawan-kawan teh takleh pakai tudung tapi diorang kasi pakai scarf ikat belakang tu. Ada yang pakai cap winter.

  • April 16, 2010 - 17:25 | Permalink

    tulah pasal k.asma, nampak je kecik..hahaha.
    teh pernah dulu kan, masa pindah rumah, siap cabut almari sorang2, pastu pasang sendiri sorang2.
    maklumlah keseorangan. hihih

  • Nurul
    April 17, 2010 - 17:58 | Permalink

    Ai, abang aidil…nak buli teh yer ni…hehe

  • aidil
    April 17, 2010 - 16:56 | Permalink

    wah kagum lah dengan semangatmu.. t kalau nak renovate umah, takyah upah orang la.. jauh beza dariku yg tak penah mnyentuh besi2 berat camtu,, duk depan komputer retilah.. haha..

  • April 17, 2010 - 20:10 | Permalink

    ala nurul, abg aidil tak sampai hatinya nak buli teh…hihhihi

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress