Cuti-cuti Malaysia Makanan dan resepi

Laksa Janggus, Balik Pulau

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita dalam sembang-sembang makanan Pulau Pinang.

Semalam saya dan suami pi pekena Laksa Janggus  Kak Timah yang terkenal di Pulau Pinang, terletak di Pulau Betong, Balik Pulau. Kenapa terkenal? Sebabnya warung laksa ni dah masuk surat khabar dan juga rancangan Jalan-jalan Cari Makan 🙂 .

Kereta yang banyak di parking di tepi warung menyebabkan kawasan tersebut seperti ada kenduri. Maknanya pengunjung sangatlah ramai. Kedudukan warungnya di tengah-tengah kampung memberikan satu ketenangan kepada pengunjung selain boleh menikmati kehijauan pohon-pohon kampung. Memang best, suasananya sangat jauh berbeza dari bandar Pulau Pinang. Yang menariknya Laksa Janggus ni, warung nya ala-ala KFC gitu sebab self-service. Siap ada tray. hihii.

Laksa dijual berdasarkan 3 saiz mangkuk iaitu kecil, biasa dan besar dengan harga RM1.20 untuk kecil dan RM2.00 bagi biasa. Harga untuk saiz besar tak ingat. Yang pasti, laksa ni lagi murah dari pasar malam. 🙂 Yang paling penting, kuah laksa ni memang cukup rasa, cukup sifat, berlemak yummi dan laksanya juga lembut. Memang patutlah Laksa Janggus ni terkenal di Pulau Pinang.

Kat sini juga ada dijual pisang goreng dan keledek goreng dengan harga yang normal. Pisang goreng tu RM1.00 untuk 8 keping. Tapi pisang goreng ni memang sangat sedap! Mungkin kerana ianya dipotong nipis menyebabkan pisang goreng ni jadi crispy. Kami siap beli untuk makan dalam kereta pulak sebab sangat sedap. 😉


Untuk memeriahkan lagi hidangan, kami beli ais kacang. Harganya RM2.00 dan rasanya pon sedap.

Bagi yang nak makan makanan lain, warung Laksa Janggus ni juga ada menjual bihun sup dan nasi gulai kawah. Air pula ada bermacam-macam jenis. Order saja, inshaAllah ada.

Inilah pemandangan warung ni dari luar. Sebenarnya besar lagi, ada khemah besar di sebelah kanan. Laksa Janggus ni dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, dan beroperasi dari 3.30pm hingga 7.30pm .

10 Comments

  • k.asma
    May 30, 2010 - 02:35 | Permalink

    mak aii…buat terliur betul la tgk gmbr2 makanan yg mengancam selera dan deria rasa nie..kecur…

  • May 31, 2010 - 00:56 | Permalink

    haha, memang terliur tgk laksa ni

  • fizah ehem2~
    June 5, 2010 - 08:06 | Permalink

    tgk name laksa janggus tu,fizah ingtkn dkat ngn rumah tok. Mesti tuan kdai tu dr permatang janggus kn??he2..
    hmm,mmg sgt murahla hrga2nya.menarik2~

  • teh
    June 8, 2010 - 15:16 | Permalink

    nama laksa janggus tu sebab ada pokok janggus kot kat situ. hihih

  • k.asma
    June 9, 2010 - 09:47 | Permalink

    pokok janggus tu cmna ek?gajus ke?
    kalau terengganu panggil jambu golok..
    kalau org besut atau kelantan panggil pokok teyghey(ketereh)..
    janggus tu gajus la kan?kan?kan?hehe..pandai2 aje

  • aidil
    June 10, 2010 - 03:47 | Permalink

    btul tu k.asma
    janggus=gajus=jambugolok=ketereh
    kalau kat uk, org pggil cashew.. hehe

  • hegon
    June 23, 2010 - 16:41 | Permalink

    makan kenyang hati pun senang

  • hegon
    June 23, 2010 - 16:42 | Permalink

    bagi smankok lagi

  • hegon
    June 23, 2010 - 16:43 | Permalink

    apa petua kamu ikan kekek ke ?

  • Fazil
    April 27, 2011 - 21:01 | Permalink

    Kalau ke laksa janggus tu intai2 tempat saya di kg perlis.. Juga.. Sebagai ole-ole dr balik pulau.. Layari http://mutiaramanggaenterprise.blogspot.com .. Utk yg berminat

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress