Cuti-cuti Malaysia Makanan dan resepi

Nasi Briyani Kambing, Restoran Kapitan

Assalamualaikum.

Hari ni nak bersembang lagi pasal makanan yang sedap di Pulau Pinang.

Semalam kami ke Restoran Kapitan untuk menikmati Nasi Briyani kambing. Ni kali ke 2 saya ke sana, sebelum ni untuk merasai roti naan beserta ayam. Restoran Kapitan ni walaupon terletak di tempat yang agak tersorok, restoran ni setiasa dipenuh pengunjung. Maknanya makanan kat situ memang sedap.

Menyelerakan tak? hihihi. Kambing ni super sedap. Nasi Briyani ni kadang-kadang dihidang dalam clay pot, kadang-kadang tu dalam tray. Harga satu hidangan nasi briyani ni RM8.00. Satu hidangan ni kami makan berdua sebab banyak, ala-ala orang Arab makan. Boleh pecah perut kalau sorang nak habiskan.

Kalau tak suka kambing, bolehlah beli nasi briyani ayam, daging ataupon vegetarian. Harga dalam lingkungan RM7.00 – RM8.00 . Selain nasi briyani, Restoran Kapitan ni juga menyediakan roti naan, nasi biasa berlauk dan ayam tandoori.

Kepada yang nak ke Penang dan shopping di Queensbay Mall, jangan lupa singgah di Restoran Kapitan untuk menikmati nasi briyani yang sangat sedap. Kedudukan restoran ni adalah di lot kedai yang terletak berhadapan dengan Queensbay Mall tetapi di lot bahagian belakang, tidak menghadap jalan. Restoran ni sangat besar, memang senang saja nak jumpa. ­čÖé

7 Comments

  • k.asma
    May 31, 2010 - 17:00 | Permalink

    masyaAllah…lihat gmbr saja dalam x sedar telan airliur..k.asma ni penggemar daging..uiihh..best dpt ratah lauk tue..

  • June 1, 2010 - 04:36 | Permalink

    haha, sabar kak asma. ajaklah along pi makan nasi briyani. buat macam teh ngan aidil, beli sepinggan kongsi 2 orang..hihih

  • k.asma
    June 1, 2010 - 13:38 | Permalink

    kat sini xde yg sedap..mmg xkan dpt mcm kt penang..pure punyer..

  • Mat Judin Mat Amin
    March 22, 2011 - 08:46 | Permalink

    Saya memang suka makan nasi beryani kambing.Selalu kalau bulan puasa saya akan order satu periuk besar nasi beryani untuk 100 orang makan berbuka puasa.Saya order dari restoren Amrest,jln kilang ais, dekat rumah asal tun Dr mahathir.Memang sedap.Saya memang peminat nasi beryani.Hari tu dengar ada restoran arab jual nasi beryani di Juru , dekat Kedai Kereta.kami pi try juga.Sepinggan RM 20. Pi satu family. Lepas tu dengan dengar nasi beryani kambing di Majidee Kem , JB. rasa macam nak pi tapi jauh sangat.Masa saya pi Bangkok, saya cari kedai mamak dekat Sukumvit Road.Disana ada jual nasi beryani kambing dari India Utara. rasanya lebih enak dari beryani dari Bombay.
    OK Peminat Beryani.

  • Bakhtiar
    March 25, 2011 - 11:48 | Permalink

    Semasa saya berada di Fussen, German dan makan nasi briani yang dimasak oleh tukang masak dari north, India. nasi beriani berharga lebih kurang 15 Euro sepinggan, tapi apa nak buat boleh makan 2 orang dan kambing yang dia bubuh ……. belambak.

  • huda
    March 30, 2011 - 18:50 | Permalink

    Judin:
    mesti sgt sedap sampai harga pon rm20 sepinggan.

    Bakhtiar:
    betul, makanan kat jerman ni mmg banyak 1 pinggan tu.. selalunya makan 2 org sepinggan baru ok

  • isma
    December 21, 2014 - 14:24 | Permalink

    kalau p penang memang wajib p Kapiptan kak.. saya suka Garlic Cheese Nan dan Ayam Milani.. Milo Blended. pergh! memang kebabom la… Yang briyani kambing pun sedap.. rasa rempah dia dalam daging tu.. dah la memang penggemar daging kambing

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress