Penang: Botanical Garden

Botanical garden yang terletak di Georgetown adalah tempat yang sangat menarik untuk dilawati bagi mereka yang sangat cintakan alam semula jadi.  Botanical garden dibuka lebih kurang dari 9 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.

Menariknya botanical garden ni, pelawat akan disambut oleh monyet-monyet yang bermain-main di pintu masuk utama. Jangan risau, monyet-monyet ni takkan mengganggu orang pon. Pelawat boleh juga memberi makanan kepada monyet-monyet ni untuk melihat telatah comel mereka. đŸ™‚

Jika teringin bersiar-siar dengan tram, kita cuma perlu membayar RM2.00 untuk satu kali pusingan. Namun, lebih seronok dan menarik apabila kita hanya berjalan-jalan. Jika kita kelaparan atau dahaga, makanan seperti buah-buahan, aiskrim, air dan makanan ringan ada dijual di luar pagar botanical garden.

Tram

Gambar-gambar di bawah di ambil masa saya dan suami melawat botanical garden Pulau Pinang pada Sabtu lepas. Memang cantik sangat taman bunga ni.

Masa yang diperlukan untuk menikmati keindahan taman bunga Pulau Pinang ni adalah lebih kurang 1 jam.

5 thoughts on “Penang: Botanical Garden

  1. k.asma

    cantiknyeeeee bunge…best sgt kn pergi tempat2 mcm nie..tapi seram juga tgk monyet2 yang ramai tu..walaupun xkacau org..
    kalau k.asma nie..sekali monyet tu acah2 aje pun,dh kecut perut,,nak lari xlarat bawa badan..haha
    (jgnkan monyet..kambing dan lembu yg duk ragut rumput pn k.asma takut nak lalu tepi..huhuhu)

  2. huda Post author

    monyet2 tu kan., kat luar pagar pon dah berkumpul, dok bergayut kat tiang letrik. pastu kat atas pagar garden pon jadi tempat main diorang…
    ada gak sekor monyet tu pi kejar orang…kelakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!