Tudung manik 1

Tudung ni aku beli sebab nak jahitkan manik untuk mama. Sebenarnya dah berbulan-bulan siap, cuma tak berapa rajin nak ambil gambar. hihi. Mula-mula leceh jugak nak jahit bunga tu tapi dah buat berulang kali, ok lah akhirnya. Corak ni diulang sekeliling tudung dan disebabkan tudung ni bidangnya besar, makan masa nak siap. Aku sangat suka guna manik pearl dalam pattern aku sebab dengan menggunakan manik pearl, pattern akan nampak sweet. 🙂

Jahit manik ni tak boleh dibuat dalam masa yang lama, sebab jemu nanti. Selalunya aku jahit sikit-sikit, kadang-kadang tertangguh berbulan-bulan, lepas tu baru sambung balik bila semangat menjahit tu datang semula. hihi.

2 thoughts on “Tudung manik 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!