Jom join MLM ni?

Assalamualaikum.

Sabtu lepas ada kenalan yang tiba-tiba sms suami dan ajak kami makan malam ni kedai mamak. Pelik juga sebab tiba-tiba. Jadi pada masa yang dijanjikan kami tibalah di kedai mamak tersebut sambil melihat2 makanan yang ada. Beberapa minit kemudian kenalan tu sampai tetapi tanpa isterinya. Dibelakangnya ada seorang lelaki yang membimbit satu fail. Dalam hatiku “Sudah, ni mesti orang nak perkenal bisnes MLM!!” . Automatik selera makan saya dan suami hilang terus. Minum teh tarik aja. Kenalan itu saya namakan Mamat dan kawannya saya namakan Abu.

Abu :”Dah ada penapis air ke?”
Suami : “Dah beli”
Abu : “Jenis apa?”
Suami: “Panasonic”. Buat pengetahuan, kami ada membeli penapis biasa jenama Panasonic yang berharga RM200 kerana pada kami, ianya sudah mencukupi.
Abu:”Owh, dah ada. ni sebenarnya nak ajak join bisnes bio aura” . Kami pon tersengih2 sajalah.

Abu pon memulakan penjelasan mengenai bisnes ni. Apa yg jelas, tujuannya bukan untuk menjual penapis bio aura, tetapi untuk mencari downline kerana tidak langsung di terangkan mengenai produk bio aura.

Cara nak join

Modal yang diperlukan untuk menyertai program ini adalah sebanyak RM5000 seorang.

Apa yang kita dapat dari RM5000???

  • 2 penapis bio aura yang setiap satunya berharga RM2080
  • Barangan kesihatan yang berharga RM800

Bulan Pertama:

Kita tak perlu melakukan apa2:
Kita akan mendapat bayaran RM700

atau:

Cari 4 downline (setiap downline ni memerlukan modal sebanyak RM5000).
Kita mendapat:

  • Bayaran RM2300
  • Keuntungan 21% dari bayaran setiap modal downline

atau:

Cari 6 downline (setiap downline perlukan modal RM5000).
Kita mendapat:

  • Bayaran RM3200
  • Keuntungan 21% dari bayaran modal downline
  • Bonus 5% dari keuntungan kumpulan

Semuanya nampak mewah bukan? Dalam program ini juga terdapat pangkat2 tertentu yg mampu dicapai oleh setiap ahli:

Pangkat PV Bonus (%)
Crown Diamon Manager CDM 2,000,000 41%
Double Diamond Manager DDM 720,000 36%
Diamond Sales Manager DSM 180,000 31%
Senior Sales Manager SSM 60,000 26%
Sales Manager SM 20,000 21%

Untuk naik ke pangkat2 tertentu, saya dah tak berapa ingat cara-caranya.

Bonus Bercuti

Masih ingat berita selalu menyiarkan ahli-ahli mereka bercuti? Sebenarnya itu adalah bonus yang boleh dimiliki setiap peserta. Tempat-tempat bercuti adalah seperti Beijing, Korea, Umrah, Switzerland, Australia. Namun untuk mendapat bonus ini ahli perlu menjual produk Bio Aura sebanyak 47 buah dalam masa tertentu. Senang ke nak jual 47 buah ni? Ntahlah tapi lagi banyak downline kita, lagi banyaklah Bio Aura yg terjual sebab setiap downline diwajibkan membeli 2 buah. Kalau kita ada 4 downline, maknanya kita dah terjual 10 buah, termasuk yg kita beli sendiri. Begitulah perkiraan mereka.

Cara-cara meyakinkan bakal-bakal ahli

Untuk meyakinkan bakal2 ahli, caranya sudah pon saya jangkakan iaitu menunjukkan segala slip2 pendapatan dan cek yang diperoleh mereka, kereta2 mewah yang telah berjaya dibeli dalam masa beberapa bulan sahaja dan juga gambar-gambar lawatan mereka ke negara-negara yang disebut tadi. Satu perkara yang sangat saya tak gemar ialah apabila ditunjukkan gambar kereta Merc dan BMW yang dimiliki mereka kerana pada saya perkara yang paling utama yang perlu difikirkan apabila kita berduit adalah property jangka panjang seperti rumah, tanah ataupon pembelian saham. Bukannya kereta! . Kereta bukan pelaburan yang baik kerana harganya sentiasa jatuh dengan banyak setiap tahun.

Dalam masa Abu bersembang panjang, datanglah seorang lagi lelaki yang merupakan upline mereka. Saya namakan lelaki tersebut Dollah. Melihat penampilan Dollah dan caranya bercakap, ternyata dia sangat berpengalaman. Tambahan dia sudah lebih 3 tahun menyertai program ini. Kemudian kami menyambung lagi cerita mengenai program ini.

Saya: ” Kalau masuk ni kena beli 2 Bio Aura, habis tu satu lagi nak buat apa?”
Abu: ” Bagi lah kat mak ayah ke. Tak pon boleh jual semula”
Saya: “Kalau nak jual, berapa patut nya jual, sebab saya dikira beli dengan harga runcit. Kalau jual dengan harga yang sama, mana nak dapat untungnya.”
Abu: “Boleh saja jual lebih RM2080” .

Masa tu saya malas nak teruskan pertanyaan lagi. Secara logiknya takde orang yang nak beli dengan harga yang lebih mahal dari RM2080 kerana di pasaran luar, sangat ramai yang menjual dengan harga lebih kurang RM1000 sebuah disebabkan terpaksa. Saya tahu perkara ini kerana sebelum ini saya telah pon mengkaji sedikit sebanyak mengenai Hai O dan produk-produknya. Satu lagi, sebagai orang bisnes, kelihatan begitu pelik apabila saya sanggup membeli Bio Aura tersebut dengan harga runcit sedangkan begitu banyak Bio Aura yang dijual dengan harga lebih murah. Rugi ke Untung? Bolehlah anda semua  fikirkan sendiri.

Kemudian mereka bertanyakan mengenai tempat kami belajar.

Dollah : “Belajar kat mana dulu?
Suami: “Kat UK”
Saya:”Kat Jerman”
Dollah : ” Mmm, kalau macam tu memang lagi senanglah nak cari downline. Biasalah, orang pandang lebih bila tahu belajar tinggi2 ni. Tak macam kami, U pon takleh masuk”.

Nampak tak macam mana cara mereka nak bagi kita rasa bersemangat nak join? Namun saya dan suami tak terkesan dengan kata2 macam tu. Sambung mereka lagi:

Dollah :”Kalau macam tu boleh join teruslah dua-dua. Dua-dua hebat ni, mesti cepat naik. Modal ada tak?”
Suami : “Kalau tak cukup macam mana?”
Dollah : “Gaji berapa sebulan? Kalau bawah RM1500 boleh buat loan dari Bank Rakyat. Kalau atau RM1500 boleh buat dari CIMB”
Suami: “Honestly memang kami negative dengan program ni. Ni memang cakap terus terang lah”
Dollah : “Takpe, dulu saya pon memang negative sangat2. Masa orang terangkan pasal ni, saya tak pandang pon muka diorang. Tengok TV aja. Tapi macam mana ntah, orang tu tertinggal fail dia. Saya belek2 semula dan fikir2, kenapa saya tak nak jadi macam mereka sedangkan mereka boleh. Dari situlah hari saya terbuka untuk cuba. Kalau tak berjaya pon tak pe, sekurang-kurangnya mencuba”

Jam dah menunjukkan pukul 10 malam, kami pon minta izin untuk pulang. Rasa terkilan juga orang ajak keluar makan tapi tak beritahu terang2 nak cerita pasal bisnes.

Kami sebenarnya berminat mendengar setiap peluang bisnes kerana kami sendiri terlibat dalam bisnes kecil-kecilan. Namun kami sesekali tidak mahu terlibat dengan bisnes seperti Hai-O. Adakah kami ni kurang wawasan? Takde impian nak berjaya macam orang lain? Tak reti nak ambil peluang?

Ciri-ciri yang kami fikirkan sebelum memasuki program ni.

1) Terlibat dalam arak?

Perkara pertama yang kami lihat dalam setiap perniagaan, adakah ianya halal atau terdapat perkara syubhah dalam perniagaan tersebut? Hai-O terlibat dalam penjualan arak. Walaupon ada yang menyatakan Bio Aura dan Corset diasingkan urusan nya dari arak, namun tidak ada bukti2 yang meyakinkan. Membeli produk selain arak adalah tidak salah, namun terlibat dalam penjualan itu adalah salah. Saya mengambil persoalan ini dari Web JAKIM

Nama :Iskandar.
E-Mel :lxn_deria@yahoo.com.
Kategori :
SYARIAH

SUB KATEGORI
Muamalat – Syarikat
Tarikh Hantar Soalan :14/09/2009 02:47 AM

Soalan :
Salam.

Hai-O Marketing dimiliki 100% oleh Hai-O Enterprise Berhad yang menjual arak. Shareholder korporat Hai-O Enterprise pula terdiri dari syarikat investment & futures trading (bank nominees & hedges, yang semestinya berkaitan dengan riba’) serta tiada langsung shareholder Muslim. Berdasarkan ini adakah masih boleh pakai kenyataan JAKIM bahawa HARUS menyertai Hai-O Marketing?.

Jawapan :
Meyertai mana-mana syarikat yang jelas tidak berlandaskan syarak adalah haram.Oleh itu elakkan diri daripada terlibat dengan pelaburan dengan syarikat tersebut. .

Status :Selesai – Paparan Web.
Nombor Rujukan :PANEL SJAI 140909
Tarikh Selesai :14/09/2009 08:06 AM

2) Cari downline or jual barang?

Saya melihat mereka langsung tidak menitikberatkan mengenai penjualan produk mereka, namun lebih kepada mencari downline. Ini sangat bercanggah dengan perniagaan yang dibenarkan dalam Islam. Produk Bio Aura itu hanyalah untuk mengaburi kita sahaja. Kata mereka, mereka memang fokus kepada jaga network. Ini bukan saya saja-saja kata. Jika kita memasuki program ini, terang-terang tujuan kita adalah untuk mendapat keuntungan dari rangkaian sahaja dan bukannya dari penjualan produk.

3) Akad nya ok ke tidak?

Pada saya, jual belinya sangat komplex. Abu menjual 2 Bio Aura dan barangan kesihatan kepada saya dengan harga RM5000 dengan syarat saya menjadi downline nya. Abu juga akan mendapat keuntungan 21% dari jualan tersebut dan saya perlu terus mencari downline dan saya akan mendapat beberapa peratus dari pencarian downline tersebut.

Saya masih prefer jual beli yang lebih jelas. Saya jual, awak beli. Itu sahaja.

Pendirian saya

Jadi saya nyatakan sejelas-jelasnya disini. Kepada kenalan saya, kawan-kawan saya mahupon ahli keluarga dekat atau jauh, saya tidak akan join sesuatu perniagaan itu, sekiranya salah satu dari 3 yang di atas tidak dapat dipenuhi.

Insyaallah nanti nak cerita pula pasal penapis air.

11 thoughts on “Jom join MLM ni?

  1. Bio- LOLGI

    Nasihat yang bagus….”SAYA BELI AWAK JUAL”…tu yg sepatutnya bukan dengan dikaburi dgn ketera mewah or visit ke luar negara…MLM ni banyak kelentong dr yg benar…harap jd panduan dan iktibar kita semua..

  2. huda Post author

    benar tu abdillah n Bio-Lolgi,
    lebih baik kita buat bisnes yang jelas.
    selalunya yg tak jelas ni akan mengundang banyak masalah

  3. Yati

    Bagi orang yang peka halal haram memang akan berfikir 1oox sebelum join kan ..Sedih tengok ramai orang melayu Islam terjebak dengan bisnes yang macam ini ..Dah ramai yang terpedaya dan berhutang 15 tahun ….kesian …marilah kita sedarkan mereka yang belum terjebak…

  4. huda Post author

    Yati:
    Entahlah yati, banyak betul bisnes yang samar-samar sekrang ni… Ditambah lagi dgn masyarakat kita yg jarang nak kaji dulu… Berbanding bab hutang, lebih menakutkan kalau bisnes tu salah di sisi Islam… Lagi teruk kalau kita antara orang yg mempengaruhi orang lain utk terlibat sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!