Mee Sotong, Padang Kota Lama

Assalamualaikum.

Hari ni berpeluang lagi saya merasai makanan yang popular di Padang Kota Lama, iaitu Mee Sotong. Anda pernah makan? Dulu masa suami cerita, saya ingat mee sotong ni berkuah macam mee kari, rupanya mee sotong adalah mee goreng yang dihidang bersama sambal sotong kering. Memang sedap, sambalnya juga banyak. Mee sotong ni punyalah banyak sampai tak mampu nak habiskan satu pinggan tu. Nasib baik ada yang tolong perabiskan.

Nak lagi sedap, orderlah coconut shake. Harganya RM2.50 segelas. Mee sotong tu pula berharga RM3.50 sepinggan. Gerai ni sangat senang dijumpai kerana terletak di hadapan Fort Cornwallis, Georgetown.

Jadi kalau anda melawat Fort Conwallis, jangan lupa untuk merasai kelazatan Mee Sotong. 🙂

2 thoughts on “Mee Sotong, Padang Kota Lama

  1. Pingback: Mee Sotong Padang Kota « i.Z.Z.i.e

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!