Resepi: Cheese Cake

Assalamualaikum.

Semalam buat pertama kalinya saya mencuba resepi cheese cake yang diambil dari internet. Saya dan suami memang suka sangat cheese cake tapi cubaan semalam tidak menepati citarasa kami. Cheese cake saya buat ni jenis yang agak gebu, mungkin disebabkan tepung. Apa2 pon inilah resepi nya 🙂

Disebabkan kami terliur sangat dengan biskut oreo blueberry, saya gunakan biskut ni sebagai base. Boleh juga guna biskut butter ataupon chocolate, mengikut citarasa sendiri.

Bahan A(base)

  • 100 gm biskut oreo
  • 2 sb butter

Cara2:

  1. Asingkan krim oreo. Krim ni nanti boleh letak atas base.
  2. Mesin atau tumbuk biskut menjadi halus. (Saya hancurkan guna tangan sampai sakit jari sebab takde barang yang sesuai)
  3. Gaul dengan butter hingga boleh dikepal
  4. Lapik loyang dengan kertas minyak. (Boleh beli baking paper)
  5. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150 C

Bahan B (Filling)

  • 250 gm krim keju Philadelphia
  • 70 gm butter
  • 120 gm fresh cream/ whipping cream
  • 120 gm gula icing
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung superfine
  • 1 sk esen vanila
  • 4 biji telur ayam gred B (asing kuning dan putih)

Cara2:

  1. Pukul putih telur hingga gebu
  2. Menggunakan bekas lain, pukul keju krim, butter, gula dan whipping cream hingga gebu
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul hingga rata
  4. Ayak tepung jagung dan tepung superfine
  5. Masukkan tepung dan kacau rata dengan menggunakan senduk
  6. Masukkan putih telur dan gaul
  7. Masukkan adunan dalam loyang
  8. Panaskan oven pada suhu 150 C selama 5 minit
  9. Masukkan loyang dan bakar selama 70 minit
  10. Setelah masak, biarkan dalam oven selama 45 minit
  11. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam

Kalau suka rasa lemon, boleh juga diletakkan jus lemon. InsyaAllah nanti nak cuba buat cheese cake guna resepi lain pula. Nak cuba pon kena sebulan sekali saja sebab Philadelphia tu mahal 🙁
Bahan2 seperti Philadelphia whipping cream boleh ditemui di bahagian produk tenusu.

One thought on “Resepi: Cheese Cake

  1. syaza

    ha ahh la kan..phila cheese tu mhl sekali sekala je bleh wt..sy suka buat cheesecake sbb klau buat kompem jadi..xprlu nk cucuk2 ngan lidi nk tgk msak k x..tgk atas tu garing mknanya masak la tuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!