Resepi: Chicken Maqlooba

Assalamualaikum.

Maqlooba atau maqluba adalah makan tradisi rakyat Palestine yang memberi maksud diterbalikkan. Masakan ni dinamakan maqlooba sebab kita akan terbalikkan nasi dari periuk ke atas pinggan . Saya masak ni beberapa hari lepas.

Resepi untuk 4 orang makan:

Bahan A:

  • Ayam dipotong sederhana
  • 2 kentang saiz sederhana (dihiris tebal)
  • 1 terung sederhana (dihiris tebal)
  • sedikit cauliflower dipotong kecil
  • 1 sk mentega
  • canola oil (saya guna olive oil)
  • satu ulas bawang besar (dipotong dadu)
  • beras 2 hingga 3 cawan

Bahan B (seasoning):

  • garam
  • serbuk lada hitam
  • 1/2 sk serbuk kulit kayu manis
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk all spice
  • 2 buah pelaga
  • 1 sk serbuk jintan
  • 1 sk 7 spice (Saya tak letak sebab tak jumpa nak beli)

Bahan C (untuk nasi)

  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1/2 sk all spice
  • 1 sk serbuk kunyit

Cara2:

  1. Masukkan bawang besar ke dalam periuk
  2. Tambah mentega atau minyak
  3. Selepas bawang kekuningan, masukkan ayam
  4. Tambah bahan B dan kacau
  5. Tambahkan air panas sebanyak 3 atau 4 cawan
  6. Sentiasa pastikan air adalah mencukupi
  7. Basuh beras
  8. Gaulkan bahan C ke dalam beras
  9. Dalam masa yang sama goreng kentang dan terung dalam pan lain sehingga masak. Angkat.
  10. Angkat ayam yang sudah masak (air rebusan akan digunakan)

Proses memasak nasi:

  1. Kita akan susun semua bahan yang sudah dimasakk bersama beras ke dalam periuk nasi.
  2. Dibahagian paling bawah letakkan sedikit beras.
  3. Kemudian masukkan kesemua ayam.
  4. Susunkan terung di atas ayam dan kemudiannya cauliflower dan kentang.
  5. Taburkan beras yang selebihnya.
  6. Akhir sekali masukkan air rebusan ayam sehingga menutupi kesemua bahan.
  7. Kalau nak pedas, masukkan cili padi. Cili padi ni juga akan menambah kesedapan nasi.
  8. Apabila siap, terbalikkan ke atas bekas yang lebih besar. Ayam akan berada di bahagian atas. Kemudian tabur daun ketumbar di atas nasi unutk memberi bauan yang menyelerakan.
  9. Serve kan dengan sos yogurt atau boleh dimakan begitu saja

Makanan macam ni memang suami suka sangat sebab selalu makan macam ni kat UK dulu. Saya pon suka juga. Kalau rasa leceh nak susun sayur2 tu, boleh campak2 saja 🙂 Selain ayam, boleh juga digantikan dengan kambing atau daging lembu dan lagi sedap dihidangkan dalam talam, makan ramai2.

3 thoughts on “Resepi: Chicken Maqlooba

  1. k.asma

    ohh..unik betul..seunik namanya..begitulah juga uniknya cara mnyediakan..dan hasilnya juga unik…
    org yg memakannya pun unik..hehe..nyum..nyumm…mesti best,sbb mcm2 rempah masuk gaul sebati dlm tue..ada rezeki nnt,leh la merasa teh masak maqlooba nie..

  2. huda Post author

    k.asma : kelakarlah semua jadi unik… nak rasa teh masak, kena mai sini lah sebab rempah kat sini lengkap 🙂 teh memang suka nasi campur rempah2 gini.

    k.iu : cauliflower tu kobis bunga… tadi tak ingat bahasa melayu nye apa 🙂 k.iu trylah, pastu makan ngan anak2 dalam talam.. hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!