Makanan dan resepi

Resepi: Cucur Udang

Assalamuaalaikum.

Cucur udang ataupon jemput udang ni memang suka sangat saya makan sebab sedap dan mudah disediakan. Pagi ni goreng lagi lebihan petang semalam.

Bahan2:

  • Telur
  • Bawang besar yang dihiris
  • Mayonis atau susu (Optional: memberi rasa berlemak)
  • Tepung gandum
  • Udang dipotong
  • Garam dan gula
  • Sedikit air

Cara2:

  1. Pukul telur dengan garpu
  2. Masukkan semua bahan dan gaul
  3. Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu lembik.
  4. Jemputkan adunan ke dalam minyak yang panas. Api adalah sederhana.
  5. Goreng sampai masak

Selain dari udang, boleh juga gunakan ikan bilis tapi ikan bilis perlu direndam terlebih dahulu supaya menjadi lembut.

2 Comments

  • shida
    March 29, 2011 - 14:12 | Permalink

    ni bkn ccur undan ni jemput2 udang….xbest AR CM NI…..

  • huda
    March 30, 2011 - 18:49 | Permalink

    shida:
    saya panggil cucur udang… lain tempat, lain nama.. apa2 pon takpe

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress