Resepi: Pucuk Paku Goreng

Assalamualaikum.

Hari ni teringin pulak nak makan sayur pucuk paku. Mula2 ingat nak masak lemak saja tapi tak jadi nak kedai beli santan sebab hujan. Jadi pucuk paku ni digoreng saja.

Bahan2:

  • bawang besar
  • ikan bilis
  • belacan
  • cili padi
  • sos tiram
  • pucuk paku
  • minyak

Cara2:

  1. Blend atau tumbuk bawang besar, ikan bilis, belacan dan cili padi (tidak perlu sehingga lumat)
  2. Panaskan minyak
  3. Tumis bahan blend
  4. Masukkan pucuk paku dan sos tiram.

Masak macam ni tak perlu letak garam sebab bahan2 kat atas tu dah masin. Selain pucuk paku, boleh juga gorengkan kacang panjang atau bendi menggunakan bahan yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!