Shish Kebab & Beef Tikka, Lebanon Restaurant

Assalamualaikum.

Kali ni nak kenalkan satu restoran yang sedap di Batu Ferringhi.

Dah banyak kali saya lalu di depan Lebanon Restaurant ni tapi tak pernah masuk. Minggu lalu masa keluarga adik datang, kami cubalah restoran ni.

Suasana restoran yang tenang menaikkan selera makan kami. Namun disebabkan harganya pon agak mahal, kami cuma order 2 makanan, sekadar untuk merasa kesedapan makanan lebanon. Kami order Shish Kebab dan Beef Tikka.

Beef Tikka

Beef Tikka : RM28

Beef Tikka ni daging lembu yang diperap dengan rempah tikka dan kemudiannya dipanggang. Beef Tikka kemudiannya disajikan dengan roti dan sos Tzatziki yang rasanya lebih kurang sos yogurt. Kesedapan beef tikka ni memang tak boleh disangkal lagi. Memang sangat sedap 🙂 

Shish Kebab

Shish Kebab : RM24

Shish Kebab ni pula merupakan lamb yang dicincang, diperap dengan rempah dan kemudiannya dibentuk secara panjang sebelum di panggang. Shish Kebab ni juga disajikan dengan roti serta sos Tzatziki. Rasanya memang lazat.

Bagi yang rindukan makanan lebanon, turki, dan arab, bolehlah mencuba makanan di Lebanon Restaurant. Selain Shish Kebab dan Beef Tikka, Lebanon Restaurant juga menyajikan  Nasi Briyani, Spaggeti, Pasta, Grilled Seafood, Kebab dan sebagainya.

Kedudukan Lebanon Restauran di tepi Pantai Batu Ferringhi dan berhadapan Restoran Tarbush juga sangat mudah di jumpai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!