Kehidupan

Susahnya nak buka akaun CIMB dan Maybank

Assalamualaikum.

Semalam alang-alang saya ke Queensbay Mall, saya nak buka akuan CIMB. Selalunya ke Queensbay Mall pada hari minggu ataupon malam, jadi CIMB tak buka. Saya mahu membuka akaun CIMB untuk memudahkan perniagaan saya disamping memudahkan saya untuk membeli barang secara online.

Pegawai bank: Boleh saya bantu?
Saya: Saya nak buka akaun
Pegawai bank : minta IC.
Kemudian saya serahkan IC saya
Pegawai bank : Kerja mana?
Saya : Surirumah
Pegawai: Tinggal kat mana?
Saya: Penang lah
Pegawai bank: Cik tak boleh buka di sini sebab alamat cik kat Terengganu. Kalau nak buka juga, kena bawa apa-apa bil atas nama cik.
Saya: Saya takde bil atas nama saya. Semuanya atas nama suami.
Pegawai bank: Kalau macam tu memang tak boleh buka di sini.
Saya : Tapi kenapa pula kena buka kat alamat IC?
Pegawai bank: Memang polisi kami macam tu. Maybank pon macam tu juga.
Saya : Saya baru aja buka akaun di Maybank. Takde masalah pon.
Pegawai bank: Maybank cawangan mana?
Saya: Maybank kat sini lah. Queensbay.
Pegawai bank tu terdiam tapi dia cakap: Memang tak boleh buka, polisi kita memang macam tu.
Saya: Takpelah, terima kasih.

Saya cukup tak faham kenapa kita mesti buka akaun berdasarkan alamat IC kita. Lainlah kalau zaman dulu, takde sistem komputer yang elok. Tapi sekarang ni kan ada sistem yang baik, mudah nak selaraskan semua. Bukan senang saya nak buka akaun di Dungun, kena tunggu masa balik cuti, itu pon belum tentu bank buka. Kalau balik masa raya, bank pon tutup.

Sebenarnya perkara ni saya alami juga pada tahun lepas semasa mahu membuka akaun Maybank. Namun sekurang-kurangnya pembuka boleh menunjukkan surat nikah. Tapi disebabkan susah sangat, akhirnya saya tak buka akaun Maybank tu sehinggalah tahun ini. Kalau balik Dungun sekali pon, saya perlu ke Paka untuk membuka akaun Maybank disebabkan Maybank tiada di bandar Dungun. Akhirnya bulan lalu, saya boleh membuka akaun Maybank di Queensbay Mall tanpa disuruh membawa sebarang bukti atau bil.

Sampai sekarang saya masih belum tahu apa alasannya mewajibkan kita membuka akaun berdasarkan alamat IC. Apabila ditanya, jawapan mereka ” Ini memang polisi kita” ataupon “Ini memang prosedur kita“. Tapi mereka tak nyatakan kenapa polisi yang tak masuk akal macam ni dibuat!! Saya betul-betul geram dengan polisi yang sangat menyusahkan ini. Ada sesiapa yang terangkan kenapa polisi sebegini dibuat?

9 Comments

  • Nurul
    June 30, 2010 - 08:31 | Permalink

    Sebab teh nak ngundi kat dungun..
    Nak rampas terengganu..hahaha

  • iu
    June 30, 2010 - 08:32 | Permalink

    hmm… x tau la knp x leh kalau alamat x sama kt ic..
    seb bek huda gtau.. igt balik mesia nt nk buka akaun juga.
    yg lama da kaputt…lma x isi duit sjk kawin..he4.. 😀

  • aidil
    June 30, 2010 - 07:08 | Permalink

    kenapa tak tukar alamat kat ic tu jd alamat penang??

  • huda
    July 5, 2010 - 09:56 | Permalink

    nurul: betul 3x

    k.iu : nanti, balik kampung, buka semua bank sekali gus, senang …hehehehe

  • k.asma
    August 1, 2010 - 15:28 | Permalink

    hahaha…kali ke-2 ‘Encik gigi tersusun rapi’ bg komen kt blog teh…
    kiut kn?..hihi

  • Along
    August 1, 2010 - 15:20 | Permalink

    Along tak pernah dengor pasal polisi ni and ok jer bukok akaun kat JB. Maybank, CIMB and Bank Muamalat. Sume oker jer gune IC alamat Dungun. Banyok untung sgt kot CIMB Queensbay Mall ni. Satu penang doh bukok akaun kat cawangan die kut. He.he.he…

  • huda
    August 3, 2010 - 02:38 | Permalink

    tak taulah along… CIMB penang kedekut sungguh, tak mau orang luar bukak kat sini…

    k.asma-> kelakarlah

  • ida
    June 16, 2011 - 12:37 | Permalink

    saya pun geram jugak dengan cimb.ni nak cite pasal adik saya.dia nk buka akaun kat cimb lepas tu cek tgk ic dia rosak.so tak bole buatla.lps tu pegawai bank tu kata klau tk da ic bawa sijil lahir.da bwa sijil lahir nk dijadikan cerita ada plak yang tk kena.dia bgtau alamat sijil lahir tk sama dengan alamat sekarang.lg sekali tk bole bt.keesokan harinya adik saya pgla jpn bt ic baru.lps tu masuk cimb lg da tunjuk slip buat ic kat pegawai bank tu lpas tu dia nk bil api plak.tk phmla saya polisi diaorang ni.adik saya cuma nak buka akaun bukan nk buat pinjaman bank.geram btl.sampai sekarang tak dapat jgk lg nk buka akaun.

  • Azman ishak
    February 6, 2018 - 15:24 | Permalink

    Saya pun sama di MAYBANK KULAI 6FEB 2018. 2 Minggu lepas saya dtg dgn anak Nk buka akaun katanya anak tk cukup umur dtg bila anak dah cukup umur 18Tahun. Petang ni Amoi MAYBANK KULAI ni kata ada appoinment pulak dgn agensi pekerjaan. DARI PUKUL 2Pm tunggu TK NMPK PUN agensi pekerjaan tu. YG dtg individu yg dh dpt surat pekerjaan .
    JADI APA KEJADAHNYA TK BLH BUKA AKAUN INDIVIDU KE?? BUANG MASA AJE DTG MAYBANK.

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress