Cuti-cuti Malaysia Makanan dan resepi

The Manhattan´s Fish Market, Queensbay Mall

Assalamualaikum.

Zum Geburtstag viel Glück,
Zum Geburtstag viel Glück,
Zum Geburtstag lieber Sayang,
Zum Geburtstag viel Glück.

Sempena hari lahir suami, kami makan Fish n Chips di Manhattan´s Fish Market , Queensbay Mall. Walaupon dah banyak kali ke Queensbay Mall, kami tak pernah cuba lagi makan di Manhattan´s Fish Market.

Ok, mari kita tengok makanan-makanan yang kami beli:

Strawberry milk shake yang sangat sedap. Dihiasi dengan vanilla cream. Harga: RM 8.90

Cola yang berharga RM5.90. Mahal tapi nak buat macam mana ada orang teringin sangat.

Appetizer kami iaitu Fried Mushroom dihidangkan bersama Honey Mustard. Appetizer ni sangat banyak tau. Makan ni saja pon boleh kenyang. Harga: RM9.90

Menu pilihan suami iaitu Pasific Dorry Fish n Chip. Isi ikan ni agak tawar dan lembut, rasa macam ikan sungai. Kalau kat Jerman tu lebih kurang Seelach. Harga: RM15.90

Ini pula menu pilihan saya. Sword Fish n Chips. Ikan ni pula sangat padat seperti ikan makarel. Harga: RM18.90 .

Kedua-dua menu ini dihidangkan bersama mayonis, garlic dan sos cili. Buat pengetahuan semua, portion untuk menu utama ni tersangatlah banyak. Macam nak pecah perut bila berusaha perabiskan semua. Lepas ni tak boleh beli appetizer dah. Apa-apa pon, keseluruhannya memang sedap dan suasana restaurant pon sangat tenang.

2 Comments

  • k.asma
    July 23, 2010 - 16:57 | Permalink

    aik??mcm mana buleh terlepas bc entri yg nie ek??
    uh..uh…terliur nyer tgk strawbery milk shake tue..

  • huda
    August 3, 2010 - 02:25 | Permalink

    memang sedap k.asma

    tapi nak perabihkan semua makanan tu, macam nak pecah perut ni

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress