Ebay: Shipping dari Malaysia

Assalamualaikum.

Setelah beberapa ketika bercuti di Malaysia, rindu pula kepada Ebay. Jadi minggu lepas buat pertama kalinya saya menjual di Ebay.com untuk melihat potensi.

Jadi untuk kali ini saya mahu kongsikan penghantaran ke luar Malaysia yang boleh diguna pakai.

Untuk penghantaran yang paling cepat dan selamat, semestinyalah Fedex, DHL ataupon Pos Laju. Namun harganya sangat mahal dan tidak berbaloi. Jadi kita boleh menghantar menggunakan Registered Air Mail (PosDaftar) yang mempunyai tracking number serta mengambil masa 10 hingga 14 hari untuk tiba ke destinasi.

Registered Air Mail sangat berpatutan kerana harga nya dikira dari 20gm dan harga setem di tambah setiap 10 gm.

Harga Pendaftaran
Harga untuk PosDaftar pula adalah RM4.10 (tidak termasuk dengan harga setem).

Harga Setem
Pengiraan harga setem pula adalah seperti berikut:

Zone Countries
A ASEAN countries: Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam
B Developing countries in Asia Pacific excluding ASEAN and industrialized countries in Asia Pacific listed under Zone C
C Industrialised countries in Asia Pacific – Japan, Australia and New Zealand
D Countries in Europe including the Russian Federation, Central Asia and the Middle East including Egypt.
E Countries in the continents of North America, South America and Africa (excluding Egypt)
Zone Air Mail
First 20gm Add 10gm
(RM) (RM)
A 0.90 0.35
B 0.95 0.35
C 1.40 0.35
D 1.50 0.50
E 1.80 0.70

Harga Setem dari PosMalaysia.

Transit time boleh dilihat di sini

Cara Membungkus
Jika ingin menghantar menggunakan air mail, pastikan bungkusan dibalut dengan kertas berwarna putih atau coklat seperti sampul surat. Kalau nak lagi senang, guna saja sampul surat. Jangan sesekali bungkus dengan plastik sebab pejabat pos tak terima.

Insurans
Satu lagi yang perlu diketahui, registered air mail ini tidak termasuk insurans. Harga insurans adalah RM8 untuk insurans maximum RM100 . Kita perlu terlebih dahulu ikat bungkusan dengan tali, kemudian cairkan lilin merah dan cop dengan cop syarikat ataupon guna saja duit syiling. Namun untuk barangan yang murah, tidak berbaloi. Jadi macam mana kalau barang hilang? Untuk selesaikan masalah ini, sangat penting kita menerima hanya Paypal sebagai cara pembayaran kerana jika ada apa-apa berlaku, Ebay boleh melindungi seller dan buyer. Namun Paypal tersebut perlu di verified terlebih dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!