Resepi: Classic lemon cheesecake

Assalamualaikum.

Sebelum ni saya ada buat cheese cake yang gebu, namun tidak menepati citarasa kami. Kemudian saya cuba classic cheese cake, memang sedap. Kali ni saya tambah lemon untuk menaikkan lagi aroma cheese cake ni. Dan hasilnya memang sangat sedap, seperti apa yang saya idam-idamkan.

Perbezaan dari cheese cake yang gebu, classic cheese cake menggunakan lebih cream Philadelphia, kurang telur dan tiada tepung. Cara membuat cheese cake ini juga sangat mudah, memerlukan masa penyediaan kurang dari 15 minit.

Resepi:

Gambar ni diambil dari Foodnetwork.com . Hasil cheese cake saya kurang cantik lah berbanding yang ini. 🙂

Resepi:

Bahan-bahan:

  • Biskut butter atau coklat
  • 1 sb butter
  • 2 bungkus Philadelphia (1 bungkus=250gm)
  • 1/2 cawan gula icing
  • 2 biji telur
  • 1sk jus lemon segar
  • 1/2 sk hirisan kulit lemon
  • 1/2 sk esen vanilla

Cara-cara:

  1. Biarkan philadelphia pada suhu bilik seketika
  2. Blend biskut hingga hancur
  3. Campurkan butter dengan biskut sehingga boleh digumpal
  4. Ratakan base dalam loyang berukuran 8 inci. Letak kertas minyak terlebih dahulu.
  5. Panaskan oven pada suhu 160 degree
  6. Pukul philadelphia bersama gula, esen vanilla, jus lemon dan hirisan kulit lemon hingga sebati. Pastikan anda menggunakan kelajuan minimum.
  7. Masukkan telur sedikit demi sedikit, pukul hingga sebati.
  8. Masukkan bahan tadi ke dalam loyang.
  9. Bakar pada suhu 160 degree selama 55 minit.
  10. Kemudian biarkan dalam oven selama 30 minit. Pintu oven perlu dibuka sedikit.
  11. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biar sehingga 3 jam

Kemudian bolehlah dimakan 🙂
Sangat mudah kan? Kalau first time buat pon, inshaAllah jadi. Selamat Mencuba!

One thought on “Resepi: Classic lemon cheesecake

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!