Resepi: Nasi Daging & Air Asam

Assalamualaikum.

Inilah menu makan tengahari kami hari ni. Sangat mudah disediakan dan yang paling penting, sedap!!.

Resepi Nasi Daging:

Bahan-bahan:

  • 250 gm daging (hiris sederhana dan rebus dengan halia hingga lembut)
  • 2 cawan beras (dibersihkan)
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar rempah kurma (dibancuh)
  • daun pandan
  • 1/2 tomato (dicincang)
  • garam dan gula
  • daun ketumbar

Bahan tumis:

  • kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 1 bawang besar (dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak zaitun.
  2. Tumis kesemua bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan rempah kurma, biar sehingga wangi
  4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
  5. Masukkan beras. Biar sehingga masak
  6. Taburkan daun ketumbar dan hidang bersama air asam.

Selalunya orang makan kena ada  kuah, jadi bolehlah dihidangkan juga dengan kuah dalca. Kami ni dah biasa makan macam ni.

Resepi air asam.

Bahan A: (blend)

  • asam jawa
  • cili padi
  • tomato
  • belacan
  • kerisik
  • gula
  • garam

Bahan B : (potong)

  • tomato
  • bawang besar
  • cili padi

Cara2:

  1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A

Selamat Mencuba!!

7 thoughts on “Resepi: Nasi Daging & Air Asam

  1. Bonda Diah

    Salam Huda,
    Bonda mohon utk share n copy resepi utk blog bonda. Bila jumpa resepi Huda ni bonda terus buat. Enak dan mudah sekali nak sediakannya. Terima kasih ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!