Buka Akaun CIMB, Bayan Lepas

Assalamualaikum.

Sebelum ni pernah saya ceritakan yang saya tidak boleh membuka akaun CIMB cawangan Queensbay disebabkan alamat IC saya di Terengganu dan tidak ada apa2 bukti menunjukkan saya bekerja atau belajar di Pulau Pinang. Alasan yang diberikan hanyalah polisi bank tanpa ada penjelasan lebih lanjut.

Beberapa hari yang lepas saya ke Pejabat Pos Bayan Lepas. Alang2 CIMB kat sebelah pejabat pos, saya nak cuba nasib sekali lagi, mana tau kot2 boleh buka akaun kali ni.

Saya dilayan dengan baik sekali dari mula2 melangkah masuk ke bank. Akaun bank juga dapat dibuka dengan begitu mudah tanpa ada banyak persoalan dan pendaftaran Online Banking juga diselesaikan dengan pantas dengan bantuan staf bank.

Mood saya pada hari tersebut bertambah2 baik disebabkan layanan baik oleh staf-staf CIMB cawangan Bayan Lepas. Syabas CIMB Bayan Lepas!.

Jika anda tidak dapat membuka akaun bank di cawangan tertentu, jangan putus asa!. Cuba lagi di cawangan lain 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!