Kisah Tulip Petals

Ebay: Verify Paypal menggunakan Maybank Debit Card

Assalamualaikum..

Seminggu yang lepas saya membuka akaun Paypal di Malaysia untuk memudahkan urusan jual beli. Sebelum ni saya pernah buat Paypal di Jerman, tapi dah tak ingat cara2nya sebab dah terlalu lama. Akaun Paypal ini juga perlu disahkan untuk memastikan urusan jual beli dapat dijalankan dengan selamat. Kalau tidak, pasti kita akan mendapat masalah kelak. Untuk verification, kita boleh menggunakan credit card ataupon debit card.

Kali ini saya nak share cara2 untuk verify Paypal menggunakan debit card Maybank.

Langkah 1:

  • Login di akaun Maybank2u dan klik pada “Maybank Secure Online Shopping Registration”
  • Link ini terletak pada bahagian Utilities

Langkah ke 2 :

  • Pilih mana-mana kad yang dikehendaki.
  • Macam saya ada satu kad saja, jadi tak perlu pilih pon
  • Kemudian isilah kesemua butiran yang diperlukan

Langkah ke 3:

  • Login di akaun paypal
  • Klik “Add Credit or Debit Card” di bahagian Profile
  • Masukkan butiran-butiran yang diperlukan

Langkah ke 4:

  • Paypal akan menyuruh kita confirmkan kad dalam masa 2-3 hari menggunakan kod yang diberikan dalam akaun Maybank.

Langkah ke 5:

  • Login semula dalam akaun Maybank dan kita akan melihat RM10.00 dan RM1.20 telah diambil dari akaun Maybank.
  • Jangan risau, duit ini akan diterima kembali melalui akaun paypal kita.


Langkah ke 6:

  • Login ke Maybank akaun dan dapatkan statement. Kat situ adalah kod yang diberi
  • Masukkan kod yang diberi ke dalam Paypal Verification

Semoga berjaya!!

6 Comments

  • rahmat
    August 11, 2010 - 10:35 | Permalink

    Salam.bro bagus info ni tapi sampai langkah yg ke 6 stuck kejap.dah cari dah nombor yg paypal bagi tapi takdepun.kat belah mana ya?

  • huda
    August 11, 2010 - 10:41 | Permalink

    rahmat:
    ada dalam my statement. kena agree utk tengok statement secara online…
    tapi tak dapat on the spot, kena tunggu 2 or 3 hari..

  • rahmat
    August 11, 2010 - 16:29 | Permalink

    oh itu mcm ka.thanks huda.

  • August 23, 2010 - 11:11 | Permalink

    TQ sangat2.. 😀

    Tadi pun tgk kat mane la no yang paypal hantar tu. Rupanya kene tunggu dulu. huhu..

    Pepehalpun Terima kasih k.. 🙂

  • Kimi Rekonen
    September 2, 2010 - 04:36 | Permalink

    saya sampai sekarang masih belum ada akaun paypal

  • huda
    September 3, 2010 - 04:16 | Permalink

    Kimi Rekonen:
    Kalau takde keperluan, tak de akaun paypal pon takpe

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress