Penang: Museum Perang

Assalamualaikum w.b.t

Dah sebulan yang lepas kami ke Museum Perang Pulau Pinang ni. Kedudukan Museum Perang  di Batu Maung sangat memudahkan kami untuk ke sana. Cuma dalam 10 minit dari rumah. Cuaca pada hari itu seperti biasa, tidak begitu panas dan tidak begitu mendung. Tiba di sana kelihatan sudah ramai pengunjung. Sebenarnya tidaklah begitu ramai jika dibandingkan dengan museum-museum di eropah yang sentiasa dipenuhi pengunjung. Mungkin tidak ramai masyarakat Malaysia yang berminat untuk melawati museum.

Pintu masuk yang menarik menyebabkan kami sudah tidak sabar2 lagi dan berharap bayaran Rm15 seorang adalah berbaloi.

Museum Perang ini asalnya adalah kubu pertahanan tentera British bagi melindungi pulau dari diserang musuh semasa era Perang Dunia ke 2. Namun peranannya bertukar menjadi tempat tahanan perang apabila Jepun menawan Pulau Pinang pada December 1941. Tempat ini juga digelar Bukit Hantu kerana begitu ramai tahanan yang telah dipancung.

Tarikan utama di pintu masuk museum adalah meriam panjang ni. Namun ini hanyalah replika sahaja. Meriam ini dibuat untuk menembak kapal2 musuh yang memasuki kawasan Pulau Pinang. Namun strategi British pada masa itu ternyata silap kerana pihak Jepun menceroboh Pulau Pinang melalui darat. Akibatnya Pulau Pinang berjaya dirampas dalam sekelip mata.

Kemudian kita ditunjukkan replika rumah-rumah pada zaman dahulu. Comel juga rumah-rumah ni. Namun hati menjadi sayu apabila memikirkan penduduk rumah terpaksa meninggalkan rumah ini disebabkan kekejaman penjajah Jepun dahulu kala. Tentera Jepun sememangnya terkenal dengan kekejaman dan sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mereka kehendaki. Ramai juga wanita, rakyat jelata dan rakyat asing ditangkap tentera Jepun untuk dirogol sebelum dibunuh dengan kejam. Jika kita melihat gambar-gambar yang ditunjukkan, hati kita pasti sayu dan benci dengan penjajah-penjajah ini.

Ini pula senapang untuk menembak aircraft.

Trench route sepanjang 5 km dibina sepanjang bukit ini untuk melindungi askar-askar British semasa mereka bertugas.

Ini pula tempat untuk bermain paintball.

Replika tempat General Tomoyuki  Yamashita(Komander tentera Jepun) dihukum bunuh atas tuduhan jenayah perang berkait rapat dengan pembunuhan beramai-ramai di Manila. Walaupon ada kontroversi mengenai perbicaraan ini, jahat tetap juga jahat. Tempat asal hukuman ini adalah di Filipina.

Motor yang tergantung ni tak pasti lah pula apa kisah disebaliknya. Mungkin inilah motor yang digunapakai oleh orang-orang besar pada zaman British ataupon zaman Jepun.

Cuba tengok kapak tu. Sangat mengerikan! . Inilah kapak yang digunakan untuk memancung orang, tak taulah pula, orang yang bersalah ataupon memang saja penjajah Jepun tu pancung.

Basikal inilah yang telah membantu Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa yang sangat singkat.

Ini sebenarnya berek askar-askar British yang diasingkan berdasarkan kaum Melayu, British dan India. Apabila Jepun mengambil alih Tanah Melayu, tempat-tempat ini ditukar fungsinya menjadi penjara. Askar-askar British tadi juga disumbat ke penjara ini dan dijadikan hamba kepada askar Jepun. Mereka dipaksa melakukan kerja-kerja berat untuk askar Jepun.

Beginilah manusia-manusia dipancung dengan kejamnya oleh askar Jepun . Ngeri tengok gambar ni.

Selain itu kita juga boleh merasai sendiri suasana di bawah tanah dan melalui lorong-lorong sempit untuk menyelamatkan diri. Kita juga dapat melihat bilik2 menyimpan senjata dan juga bilik komunikasi serta radio. Semasa pertempuran dengan Jepun, askar British telah meninggalkan kubu ini dalam keadaan tergesa-gesa tanpa menghancurkan stesen radio dan peluang ini telah digunakan oleh tentera Jepun untuk menyebarkan propaganda ke seluruh Tanah Melayu.

Pada saya , tidak kira penjajah itu British, Belanda, ataupon Jepun, semuanya adalah tidak baik dan mereka banyak merosakkan minda rakyat.

Jikalau anda mahu merasai suasana yang lebih seram, datanglah pada waktu malam. 🙂

3 thoughts on “Penang: Museum Perang

  1. fizah ehem2~~

    teh~~bestnye pegi war museum.Fizah teringin nk pegi lg.dulu Fizah pegi sekejap je cz xd mase=(
    best kn tmpt tu?

  2. huda

    si hello kitty –> malam museum perang ni buka. kalau nak rasa seram, memang eloklah pergi malam…. dekat2 senja pon dah rasa seram sejuk…

    tapi info mengenai pukul berapa buka, harga tiket utk malam, saya tak tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!