Kelantan: Museum dan Memorial Perang, Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah cuti raya yang lepas, saya berpeluang ke Kelantan buat kali ke 2. Kali pertama ke Kelantan, kami hanya singgah di Pasar Siti Khadijah untuk menikmati udang dan sotong besar. Kali ni berpeluang melawat saudara mara di sebelah suami serta berjalan-jalan di Kota Bharu.

Subhanallah, pembangunan di Kota Bharu memang pesat. Cuma yang tak tahannya kereta memang banyak sepanjang masa, jem jalan. Harap-harap sekali lagi ke sana, keadaan trafik bertambah baik.

Selesai melawat saudara mara, kami ke Hotel Raudah untuk berehat. Hotel Raudah ni agak berbaloi harganya dan kedudukannya berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah serta kawasan pelancongan. Malamnya kami melilau cari tempat makan yang menarik. Redah punya redah, sampailah kami di Medan Selera. Punyalah ramai orang tapi disebabkan persekitarannya kurang bersih, hilang sedikit selera nak makan. Tengok harga pulak, boleh tahan mahal berbanding di Pulau Pinang. Akhirnya kami makan nasi goreng dan paprik, takde apa yang spesial.

Esok pagi kami ke Pasar Siti Khadijah, mencari tudung. Memang pergi awal pagi supaya tak sesak. Hajatnya cuma setengah jam, jadi kami letak duit parking pon untuk 30 minit. Malangnya disebabkan kami terlebih 5 minit, dah ada surat saman RM10.00 kat cermin kereta. Sampai hati polis tu saman kami yang terlebih 5 minit saja. Sedih betul. Mulalah kami kena pi cari pejabat tempat membayar saman ni dan nasib baik dekat saja. Disebabkan kami bayar awal, dapatlah dikurangkan RM5.00 .

Kemudian kami ke Museum Adat Istiadat . Bayaran masuk museum ni adalah RM1.50 seorang, tapi disebabkan takde orang jaga kaunter, tak perlu bayar. Bila dah selalu sangat tengok museum kat Eropah, rasa Museum Adat Istiadat ni cantik pula. 

Dalam museum ni dipamerkan adat istiadat orang melayu seperti perkahwinan, upacara lenggang perut, beranak, mandi anak, berkhatan dan sebagainya. Namun saya rasa kesemua upacara tersebut dilakukan oleh keluarga golongan pembesar dan istana kerana upacaranya nampak mewah.

Lepas dalam 20 minit merayau dalam museum, kami berjalan kaki ke Memorial Perang pula. Bayarannya adalah RM3.00 seorang. Dalam ni pon menarik dengan kisah2 sejarah serta peninggalan2 orang dulu-dulu. Gambar kat dalam museum ni memang tak boleh ambil. Memorial Perang ni dahulunya adalah bangunan Bank Kerapu yang kemudiannya berubah fungsinya menjadi ibu pejabat polis rahsia semasa pemerintahan Jepun. Fungsinya berubah semula menjadi bank apabila berakhirnya perang.

Di sebelah memorial perang ini terdapat taman kecil yang memuatkan kenderaan pada zaman terdahulu.

Sesuatu yang menariknya di Kota Bharu, tempat pejalan kaki di kawasan pelancongan ada bumbung  . Jadi agak selesalah untuk berjalan kaki.

Setakat itu sajalah kami jalan di Kota Bharu, inshaAllah bila datang Kota Bharu sekali lagi, kami akan melawat tempat-tempat lain. Sebelum pulang ke Pulau Pinang, kami singgah di Pasar Siti Khadijah untuk menikmati nasi berlauk sotong dan udang besar. Subhanallah, memang sedap sangat. Punyalah tak sabar-sabar nak makan sampai gambar pon tak terambil 

Rasa seronok dan bersyukur sangat sebab akhirnya berpeluang melawat Kelantan. Cumanya kalau nak ke Kota Bharu, rancanglah jadual perjalanan dengan baik supaya tak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

One thought on “Kelantan: Museum dan Memorial Perang, Kota Bharu

  1. abeyra garden

    Assalamualaikum
    Membaca kisah perjalanan tuan amat mengasyikkan, saya rasakan Tuan dan keluarga memang gemar melancong dan melawat tempat tempat menarik dan bersejarah. Selain daripada tempat yang Tuan sebutkan tadi, banyak lagi tempat tempat yang menarik yang bolih Tuan lawati di negeri kelantan ini umpamanya Pusat membeli Belah bebas cukai Pengkalan Kubur-Takbai dan Pusat membeli belah Rantau Panjang dan di Kota Bharu sendiri Pasar borong Wakaf Che Yeh yang beroperasi dari jam 6 ptg hingga 4 pagi.
    Tempat tempat lain yang boleh di lawati seperti Pantai Seri Tujuh yang mempunyai Tujuh buah Teluk, Istana bukit Tanah di Tumpat dan Gelanggang Seni di Kota Bharu.
    JADUAL AKTIVITI KEBUDAYAN DI GELANGGANG SENI – PERCUMA
    Hari Sabtu : 3.30-5.30 ptg – Rebana dan Gasing Uri
    Hari Isnin : 3.30-5.30 ptg – Silat Tari dan Demo buat Wau dan Congkak
    Hari Rabu : 3.30-5.30 ptg -Kertok, Gasing Pangkah dan Pencak Silat Tari
    9.00-11.00 mlm – Wayang Kulih

    Sila Layari: abeyragarden.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!