Cuti-cuti Malaysia

Perak: Gua Tempurung, Gopeng

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu 18.09.2010 kami bercadang ke KLIA pada pukul 3.00 petang. Kemudian dalam pukul 11 pagi tu, tetiba suami ajak singgah Gua Tempurung, Gopeng. Rasa excited pula nak masuk gua. Jadi kami bertolaklah pukul 12 tengahari supaya berkesempatan masuk ke gua yang terkenal di Perak ni.

Kami sampai di Gua Tempurung pukul 3.30 petang, Subhanallah, cantik dan damai persekitarannya. Merenung sejenak ciptaan indah Allah sememangnya sangat menenangkan. Begitulah uniknya ciptaan Allah, mata yang memandang tidak pernah jemu.

Terdapat 4 jenis tour yang boleh dipilih samada catwalk (kering) or wet(basah) tour dan harga tiket juga berbeza.

Tour Harga tiket dewasa Harga tiket kanak2 Masa perjalanan
Golden Flowstone Tour RM6.00 RM2.50 40 minit
Top of the World RM9.00 RM4.50 1 jam 40 minit
Top of the World & River Adventure RM11.00 RM6.50 2 jam 30 minit
Grand Tour RM22.00 RM11.00 3 jam 30 minit

Golden Flowstone dan Top of the World hanya melibatkan perjalanan kering. Namun untuk keselesaan, pastikan kita tidak memakai kasut tumit tinggi. Tour terakhir untuk Golden Flowstone adalah pada pukul 4.00 petang.

Top of the World & River Adventure dan Grand Tour melibatkan perjalanan kering dan juga basah. Laluannya juga agak mencabar. Jadi pastikan kita menggunakan pakaian yang sesuai dan membawa peralatan yang sesuai jika ingin mengharungi cabaran ini. Tour terakhir untuk Grand Tour adalah pada pukul 11.00 pagi dan memerlukan bilangan peserta yang mencukupi.

Untuk kali ini, saya dan suami memilih tour yang paling senang, hanya untuk berjalan-jalan. Alhamdulillah sempat menyertai tour terakhir, pada pukul 4.00 petang.

Gua ini dikatakan berusia beribu tahun dan pernah dijadikan tempat persembunyian komunis. Bayanglah bagaimana komunis boleh hidup dalam gua, tidur dalam gua yang gelap dan sejuk ni. Stok makanan mereka peroleh dari penduduk sekitar yang menyokong komunis yang berjuang untuk golongan buruh dan tidak mahu British meluaskan pengaruh di Tanah Melayu.

Lakaran ini merupakan plan komunis untuk membunuh pembesar British iaitu Sir Henry Gurney dan plan mereka berjaya apabila Henry Gurney dibunuh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser.

Di bahagian-bahagian tertentu juga terdapat banyak tulisan-tulisan cina peninggalan komunis.

Batu ini dipanggil imagination stone, yang menjadi bentuk-bentuk tertentu disebabkan geseran air dan angin. Batu ni saja yang telah di snap sebab susah nak ambil gambar cantik dalam gua tanpa bantuan tripod  .

Lukisan muka orang ni ini terbentuk dari najis kelawar yang bercampur dengan air. Ada banyak lagi bentuk-bentuk lain dalam gua ni.

Gua ini pernah menjadi tempat lombong secara kecil-kecilan. Ini antara perkakas yang digunakan oleh orang-orang dahulu.


Inilah sebahagian gambar-gambar dalam gua tempurung. Subhanallah gua ni memang cantik dan besar. Nasib baik ada tangga, kalau tak, tak sampai lah kami kat bahagian atas tu.

Selepas selesai excursion, badan-badan terasa sangat letih namun saya sangat gembira dengan excursion kali ini. Sekurang-kurangnya perasaan sedih saya untuk ke Jerman dapat dilupakan buat sementara waktu. Alhamdulillah. Terima kasih Sayang atas plan mengejut ni .

Sebelum ni saya seorang yang perlu plan untuk ke sesuatu tempat atau melakukan sesuatu. Namun disebabkan suami suka ke sesuatu tempat tanpa planning, lama-lama rasa excited pulak. Moga-moga ada plan yang singkat sebegini di masa akan datang

Untuk info lebih lanjut mengenai gua ni, sila layari website rasmi Gua Tempurung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress