Privacy di Facebook

Assalamualaikum.

Saya membuka akaun Facebook setelah rakan-rakan di Friendster berpindah ke sana. Namun saya sangat mementingkan privacy. Facebook saya hanya boleh di lihat oleh rakan-rakan Facebook, info mengenai diri saya juga sangat sedikit. Semasa di awal penggunaan Facebook, saya hanya meletakkan 3 keping gambar supaya kawan-kawan tahu, siapa saya.

Kalau ada yang perasan, saya tidak akan menerima apa-apa application yang dicadangkan ataupon join mana-mana fan group yang saya rasa tidak perlu. Hanya group yang penting sahaja akan saya join. Saya juga tidak accept any friend request yang langsung saya tidak kenal. Maaf sangat-sangat.

Dalam blog saya ini juga, sangat jarang saya kongsikan gambar-gambar saya kerana saya mementingkan privacy diri saya, tak mahu satu hari nanti gambar saya orang lain gunakan dalam web ataupon blog. Sebab tu gambar-gambar saya bercuti kurang gambar saya, yang ada cuma menunjukkan tempat percutian tersebut.

Semasa belek-belek video, terjumpa pulak video mengenai hati-hati dengan Facebook, jadi saya nak kongsilah:

Thinking before post!!

Facebook, not what you think!!

Facebook privacy in your hands!!

Setelah melihat video-video ini saya mengambil keputusan untuk buang semua 3 gambar yang saya upload, yang tinggal hanyalah gambar profile saya supaya orang masih kenal siapa saya. Kalau takde gambar langsung, susah juga sebab ramai yang namanya sama dengan saya. Privacy setting juga telah saya perketatkan dan info mengenai diri saya telah saya kurangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!