Kisah Tulip Petals

Ebay: Tip Berurusan dengan Pelanggan

Assalamualaikum w.b.t

Berurusan dengan pelanggan kadang-kadang menyeronokkan teapi adakalanya juga memeningkan kepala. Jadi saya ingin berkongsi sedikit sebanyak cara-cara saya berurusan dengan pelanggan.

1) Pembeli tak bayar selepas 5 hari.

Saya hantar email mengingatkan mereka supaya membayar dalam masa 5 hari lagi. Jika tiada bayaran dalam masa tersebut, saya akan report kepada Ebay.

2) Pembeli tak bayar juga walaupon telah diberi amaran

Saya buka case di Ebay. Kadang-kadang dalam masa ini, pembeli akan membayar, namun ada juga yang terus-menerus buat “dek” je. Jadi saya pon tutup case sajalah. Nak buat macam mana, orang memang taknak bayar. Ebay akan memulangkan semula final fee untuk item tersebut. Pembeli tersebut akan diambil tindakan oleh Ebay. Namanya juga saya senarai hitam kan.

3) Pembeli nak cancel transaction.

Ada pembeli nak cancel transaction disebabkan tersilap bid 2 item yang sama. Ada juga nak cancel sebab anak yang bid tanpa disedari.  Yang paling kelakar, suami saya pernah jual monitor komputer, pembeli tu nak cancel sebab dia ingat itu televisyen. Memang ramai sebenarnya orang yang bid tanpa berhati-hati.

Jadi saya pon cancel sajalah transaction tersebut. Kepada buyer sekalian, perlulah diingat yang Ebay ni bukan tempat permainan, jadi sangatlah tidak bertanggungjawab membiarkan anak2 bid di ebay.

4) Barang tak sampai

Saya akan minta mereka tunggu dalam beberapa hari, sekiranya barang tersebut tidak juga sampai, saya akan hantar yang baru. Barang yang saya jual ni murah saja, jadi saya masih mampu menanggung risiko ni. Lagipon percentage barang tidak sampai sangatlah rendah, kurang dari 1%.

5) Barang yang diterima telah rosak.

Saya akan hantar yang baru. Sekiranya stok sudah tiada, saya akan pulangkan semula duit mereka.

6) Pembeli tak puas hati dengan shipping cost.

Yang ni paling saya geram. Pembeli sepatutnya menerima syarat yang diletakkan sebelum membeli barang tersebut. Kalau tak setuju dengan harga combine shipping yang dijelaskan, jangan beli. Kepada bakal-bakal ebay buyer, janganlah buat hal macam ni. Kalau nak mintak kurangkan harga shipping dan sebagainya, sila tanya seller sebelum bid item tersebut. Banyak terjadi kes macam ni, lepas tu buyer suka-suka hati saja bagi negative feedback manakala seller ni dipaksa oleh Ebay, hanya boleh bagi positive feedback .

Jika terjadi kes macam ni, saya buat tak kesah saja. Dalam ramai-ramai pembeli tu, adalah sorang dua yang tak puas hati.

7) Pembeli berminat untuk membeli dengan kuantiti yang banyak

Saya akan tawarkan harga yang berpatutan. Sekiranya barang tiada dalam stok, saya akan memohon maaf disebabkan tidak dapat memenuhi permintaan. Pernah juga ada yang tawar menawar sampai harga yang tak logik. Akhirnya saya buat “dek” saja.

8 ) Barang yang terjual rupanya dah habis stok

Bila kita jual barang yang sama berulang-ulang, ada kemungkinan kita akan tersilap update stok dan sebagainya. Jadi saya akan mohon maaf banyak-banyak dan saya akan cadangkan design/warna lain. Kadang-kadang yang dicadangkan tu lebih mahal. Alhamdulillah setakat ini memang semua berpuas hati.

Ok, buat masa sekarang, ini sahajalah yang mampu saya kongsikan dengan semua. Pastikan kita sentiasa menggunakan ayat-ayat sopan apabila berurusan dengan pelanggan, jangan biarkan perasan marah atau geram menguasai diri kita. Pastikan juga setiap pertanyaan dibalas kerana setiap yang bertanya itu adalah pelanggan berpotensi.

Selamat maju jaya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress