Gelsenkirchen: Asia Markt

Assalamualaikum w.b.t

Kedai dalam gambar di atas ni jika di Malaysia ianya merupakan kedai biasa, namun apabila berada di perantauan, kedai ini tersangatlah penting kepada orang-orang asia. Kat sinilah nak cari pelbagai rempah ratus, sayur-sayuran, minuman dan peralatan memasak asia.

Kedai barangan asia ni dipanggil Asia Markt dalam bahasa jerman. Asia Markt di Gelsenkirchen tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan tempat lain, tapi tak kesah, asalkan bahan asas ada ditawarkan.


Dari luar kedai, kelihatan barangan perhiasan seperti pasu, kipas , buluh, thermos, potret dan tak taulah apa lagi.

Sayuran asia yang penting untuk saya 🙂 Tapi bukan semualah, yang penting cuma cili padi, halia, serai, bendi dan daun corriander. Sayur-sayur ni mahal, jadi sebulan sekali saja beli. Cili padi contohnya satu paket kecil berharga €1,29 .

Lesung pon ada dalam kedai ni dan harga nya mungkin dari €12,00, bergantung pada saiz . Mahal tu memang mahal, tapi kalau dah teringin betul nak guna, bolehlah beli. Lagipon lesung kan tahan lama.


Barangan yang dijual di Asia Markt seperti sambal oelek, sos cili, brown sugar, keperluan sushi dan sebagainya.

Bihun pon ada kat sini, termasuklah pelbagai jenis noodle dari pelbagai negara.

Alhamdulillah kedai ni terus bertahan di Gelsenkirchen. Kalau lingkup, kena pergi jauhlah untuk dapatkan barangan keperluan asia. Beberapa tahun lepas, kedai ni telah menawarkan jualan secara online, menunjukkan bisnes ni mempunyai potensi yang tinggi. Semoga bisnes mereka terus maju 🙂

2 thoughts on “Gelsenkirchen: Asia Markt

  1. k.asma

    kedai kt o/sea cantik2..semua dlm bangunan dinding kaca..senangkan?konsep pamer gitu..tgk dr jauh mcm kedai cenderahati pn ade kedai nie..hehe..tapi tang harga biase la,mmg tinggi skit..sekali sekala nak layan tekak makan masakan kita,layankan aje..

  2. huda

    kat obersee ni ada masanya sejuk melampau…sebab tu kedai semua kena tertutup. tapi kena dinding kacalah, kalau tak org pon tak brani nak masuk… hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!