Gelsenkirchen: Rehat Minda di Taman

Assalamualaikum w.b.t

Apabila kepala kita berserabut, resah atau merasa bosan dan badan terasa penat, sangatlah wajar sekiranya kita ke taman buat beberapa ketika. Melihat keindahan alam ciptaan Allah sememangnya sangat menenangkan jiwa kita. Inilah yang saya lakukan beberapa hari kebelakangan ini, berbasikal ke Nordsternpark dan kemudiannya berjalan-jalan di dalam taman. Cuaca pon sangat cantik, cerah dan berangin.

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di sini,Sabtu dan Ahad digunakan sebaiknya untuk bersama keluarga. Jadi kita akan lihat ibu bapa dan anak-anak berbasikal, berjalan-jalan, berlari-lari dan sebagainya. Masing-masing tersenyum dan kedengaran gelak tawa gembira. Inilah yang menyebabkan kita rasa tenang dan damai apabila berada di taman. Semuanya kelihatan seperti jauh dari masalah dan kerunsingan.

Berbasikal sememangnya sangat digemari oleh masyarakat di sini. Orang yang berumur lebih 60 tahun pon masih ramai berbasikal. Bukit di belakang tu dihiasi dengan bunga-bunga berwarna merah dan pink. Sekarang ni di awal musim luruh, jadi masih ada bunga-bunga yang berwarna-warni.


Sangat menceriakan apabila merenung bunga yang berwarna warni ni. Maklumlah, dah dekat winter nanti, bunga-bunga semua luruh.

Seronoknya tengok budak-budak ni main.

Selain berbasikal, boleh juga berjalan-jalan dan mendaki bukit tu, boleh menggunakan tangga atau mendaki di jalan yang disediakan.

Memang seronok tengok pemandangan dari atas bukit.

Tengok bunga lagi. Comel kan bunga ni. Kat Malaysia tak pastilah bunga macam ni banyak ke tidak.

Tong sampah pon mesti ada supaya kebersihan taman terjaga. Satu yang saya sangat kagum dengan masyarakat di sini, mereka tidak akan membuang sampah di luar tong sampah. Kalau kat Malaysia, kadang-kadang dalam tong sampah kosong, kat luar yang penuh. Susah nya nak didik diri sendiri supaya buang sampah di tempat sepatutnya.

Oklah setakat ini dulu cerita dari Nordsternpark, Gelsenkirchen. Taman ni besar, tak larat nak pusing habis.

One thought on “Gelsenkirchen: Rehat Minda di Taman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!