Keperluan Musim Luruh dan Sejuk

Assalamualaikum w.b.t

Cuaca di luar sekarang baru jatuh ke tahap 11  °C   tetapi dah rasa sejuk sangat. Setiap kali musim luruh tiba, perkara yang bawah ni sudah mula saya gunakan dan tersangatlah penting pada musim sejuk.

Kasut rumah ni dah lama dibeli dan digunakan hanya pada musim-musim kritikal jadi boleh di recycle ke tahun berikutnya selagi masih elok. Bila dah masuk winter, memang tak cukup pakai stokin tebal saja, kena tambah kasut ni  bagi memastikan kaki tak kesejukan dalam rumah. Saya beli di Nanu Nana dengan harga kurang €5,00 .


Kalau pakai glove dalam rumah pon kadang-kadang masih sejuk. Jadi hand warmer ni tersangatlah penting. Kalau jalan-jalan bawa hand warmer ni, rasa selesa sikit. Gas tu kena masukkan sikit ke dalam bekas hand warmer dan kemudiannya dinyalakan api menggunakan lighter. Kalau letak banyak, tahan lama lah. Saya beli di Ebay. Hand warmer harganya kurang €4,00 dan sebotol Benzin harganya dalam €2,00.

Alternatif, boleh guna hand warmer yang comel-comel macam dalam gambar ni tapi agak leceh. Bila nak guna, kena tekan something dalam paket tu, dan haba akan merebak. Boleh tahan 1 jam dan menda ni akan jadi keras. Lepas tu kena rendamkan dalam air panas untuk cairkan semula material.  Saya beli yang bundle di TEDI dengan harga €0,10 setiap satu. Normally harganya €1,00 setiap satu.

Bila dah sejuk-sejuk ni, air yang paling sedap semestinya air suam. Tak sanggup nak minum air yang tak suam. Jadi flusk sangat penting bagi memastikan bekalan air suam sentiasa ada. Pergi Uni/kerja/jalan-jalan pon kena bawak air panas. Saya beli yang 0,5 liter di airport Dubai dengan harga kurang dari €5,00 . Memang sangat murah dan yang paling penting, air panas tahan lebih dari 8 jam.

Fan heater ni kalau takde, memang pagi-pagi terketar-ketar. Fan heater ni penting sebab bagi kita haba dalam masa yang cepat, tak perlu tunggu macam heater biasa. Bila rasa sejuk kata kaki, terus buka fan heater dan hala ke kaki. Tapi saya tak guna lama-lama lah, kalau tak, mencanak bil elektrik. Guna masa-masa kritikal sahaja. Saya beli di Ebay, harga bawah €20,00

Heater ni kalau rosak memang menangislah. Inilah benda yang paling penting semasa musim sejuk. Tetapi penggunaannya haruslah dikawal dengan baik. Kalau tak, mencanaklah bil nanti. Saya on sehingga suhu bilik mencapai 19 °C . Lepas tu off lah. Kat dalam rumah pon kena pakai baju tebal.

OK, inilah antara keperluan yang sangat penting di musim luruh dan sejuk. Lain-lain keperluan semestinya baju tebal, glove, stokin tebal, kasut tebal, duvet tebal.. pendek kata semuanya tebal lah 🙂

Ok jumpa lagi.

11 thoughts on “Keperluan Musim Luruh dan Sejuk

  1. k.asma

    alg suke buang brg..k.asma suka simpan brg..kalu ada brg yg k.asma rasa berpotensi utk dibuang kalu along jumpa,k.asma akan sorok dl siap2..tp biasenye yg xsempt sorok tu yg jd mngsa buangan..hehe..

  2. huda

    miera:
    kalau kat jerman, ada flohmarkt (kat kebanyakan tempat ada, hari sabtu atau ahad) atau kedai2 second hand…
    kat UK, dipanggil Carboot sales (hari sabtu atau ahad)…
    Flohmarkt dan Carboot tu ala-ala pasar yang jual barangan terpakai.
    kalau nak try online, boleh cari di ebay.

  3. huda Post author

    jenevieve:
    winter boot ada jual kat mesia samada kedai kasut atau kedai barangan winter. yang penting, kasutnya tinggi dan tapaknya tahan ais (tak licin).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!