Paint.net Tutorial

Paint.net Tut: Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t

Sebagai permulaan tutorial Paint.net, saya akan tunjukkan cara menggunakan Paint.net secara basic, khas kepada sesiapa yang belum pernah menggunakan Pain.net / Photoshop. Kalau dah pernah cuba Photoshop memang senang sebab kebanyakan feature di Paint.net, ada juga dalam Photoshop.

Perlu diingat sekali lagi, Paint.net tidak sehebat Photoshop, bersesuaian dengan harganya yang percuma. Namun Paint.net memang sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar edit gambar.

1)      Layer

Layer yang kita letakkan boleh di “on” dan “off” dengan tick di setiap kotak layer.

Jika mahu edit di layer 2, layer tersebut perlu di “select” terlebih dahulu.

2)      Tools

Nak cerita pasal tools ni banyak, jadi cuba lah dulu guna satu-satu.

Contoh saya nak bagi ialah [Move Selection / Move Selected Pixel] kerana tools ini agak penting.

Menggunakan tools [Move Selection], select bahagian yang kita nak pindah/kecilkan dan sebagainya.

Menggunakan tool [Move Selected Pixel] bahagian tersebut dapat di pindah ke tempat lain ataupon bahagian tersebut boleh dikecilkan/dibesarkan.

3)      Adjustment

Cuba buka Adjustment ini dan cuba setiap satu supaya kita biasa dengan feature tersebut.

Plugin Adjustment yang dikehendaki boleh di download dari sini .

Saya tunjukkan satu contoh nak adjust gambar guna curve:

Cuba adjust curve tersebut sampai puas hati. Hasilnya adalah gambar sebelah kanan:

4)      Effects.

Dalam Paint.net ada macam-macam effect yang sangat menarik. Sekiranya kita mahukan effect tertentu, plugin boleh di download dari sini.

Ini antara plugin yang saya ada setakat ini.

Di bawah adalah Effect Pencil Sketch:

5)      History

History ini penting sekiranya kita mahu kembali ke step-step tertentu.

Sekian dahulu mengenai basic Paint.net .  Selepas ini saya akan tunjukkan cara-cara edit gambar.

Have Fun!

2 Comments

  • k.asma
    October 21, 2010 - 15:45 | Permalink

    bestnyer2x..
    eh??ada nama k.asma la kt bhgian effect tu..Asmageddon..hahahha…(sib baik x asmagendut..huhu)

  • huda
    October 21, 2010 - 22:27 | Permalink

    kalau k.asma minat, try lah…
    tak perasan pulak plugin tu nama k.asma… hihihihi

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress