Paint.net Tutorial

Paint.net tut : Plugins

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum saya kongsi kan tutorial edit gambar menggunakan Paint.net, saya perlu jelaskan apa itu plugins dan bagaimana untuk dapatkannya.

Apabila kita install Paint.net, kita akan dibekalkan dengan beberapa [Adjustments] dan [Effects] . Namun apabila kita mahu edit gambar dengan lebih jauh, kita perlukan Adjustments dan Effects tambahan yang telah dicipta oleh pengguna Paint.net yang lain. Plugins ini bertujuan memudahkan kerja-kerja meng edit gambar.

Ini adalah [Adjustments] yang saya ada setakat hari ini.

Dan ini plugins [Effects] yang saya ada setakat hari ini. Memang banyak dan yang paling penting, menarik dan banyak membantu dalam meng edit gambar.

Download Paint.net (free)

Download Plugins:

Cara Install:
Saya tunjukkan contoh menggunakan Chrome. Jikalau anda menggunakan IE atau yang lain, caranya lebih kurang sama.

  1. Download file dalam .zip
  2. Tekan “Show all downloads”
  3. Chrome akan tunjukkan semua file yang telah di download
  4. Tekan file .zip tersebut pada step 2. atau step 3.
  5. Buka Folder Effects dari [Computer] – [C:] –  [Program Files] – [Paint.NET] – [Effects]
    Select semua file  .dll yang telah di download dan drag ke folder Effects.

  6. Buka Program Paint.net dan kita akan jumpa plugins yang baru di install.

    Selamat Mencuba !! 🙂

One comment

  • fatin
    March 30, 2012 - 16:59 | Permalink

    hai.boleh tny,cmne kalau nk tmbah palaroid frame tuh ek/tak faham laa

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress