Makanan otak dan rohani

Sedekah

Assalamualaikum w.b.t

Sedekah ni nampak senang nak buat tapi kadang-kadang hati kita susah sangat nak sedekahkan sedikit dari harta kita. Ada kalanya hati kita berbisik „ Duit aku tak banyak, takyah lah sedekah. Nanti-nanti lah sedekah“ . Namun, kita kena sedar bahawa rezeki itu Allah yang berikan. Lagi banyak kita sedekah, inshaAllah berlipat ganda Allah kurniakan rezeki pada kita.

Mungkin bukan duit yang kita peroleh selepas kita bersedekah, tetapi kemungkinan Allah memudahkan urusan harian kita, kurang musibah yang memerlukan kita mengeluarkan wang yang banyak. Mungkin juga perbelanjaan harian kita semakin teratur, menyebabkan kita tidak dilanda masalah pengurusan kewangan rumahtangga.

Apabila hati kita kusut, bersedekah lah kerana ianya akan membersihkan hati kita. Selalunya selepas sedekah, kita akan merasa gembira, tenang dan bersyukur kerana kita berkongsi  sedikit daripada nikmat yang kita dapat dengan orang lain yang sememangnya memerlukan.

Sedekah ini sangat dituntut, buktinya perihal sedekah ini disebut dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 261.

Ingatlah nikmat yang kita dapat sehingga hari ini datangnya dari Allah, jadi kita cubalah sedaya upaya membiasakan diri menginfakkan harta kita ke jalan Allah dan infaklah daripada harta kita yang terbaik atau usaha kita yang terbaik.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress