Switzerland yang Menenangkan

Assalamualaikum w.b.t

Apabila musim sejuk sudah hampir tiba, hatiku pasti merindui Switzerland yang pasti memberikan ketenangan kepada tetamu-tetamunya. Walaupon Switzerland lebih sejuk berbanding di sini, pemandangan nya yang indah dan mendamaikan sangat menambat hatiku.

Percutian di Switzerland lebih menarik sekiranya kita menaiki keretapi. Sepanjang dalam keretapi, kita akan dihidangkan dengan pemandangan gunung-gunung bersaluti salji, sungai yang jernih mengalir perlahan-lahan. Perjalanan yang jauh kurang terasa penatnya kerana kita leka merenung alam semula jadi. Sungguh besar nikmat yang Allah berikan kepada hamba-hamba Nya dan nikmat ini tidak putus-putus dirasai oleh makhlukNya.

Setiap bandar di Switzerland ada keunikan tersendiri. Lucerne bandar lama yang cantik dan dipenuhi penduduk, Interlaken bandar kecil di pinggiran gunung dan Zermatt pula bandar pedalaman di atas gunung yang sentiasa dipenuhi pengunjung. Perjalanan yang paling saya gemari adalah dari Interlaken ke Zermatt. Sangat teruja melihat kampung-kampung kecil di sepanjang perjalanan.

Pada saya, Switzerland adalah negara yang paling cantik yang pernah saya lawati di eropah. Percutian kami di sana paling best walaupon terpaksa berjimat cermat memandangkan segala jenis kos di Switzerland agak tinggi berbanding negara lain.

5 thoughts on “Switzerland yang Menenangkan

  1. sya

    Assalamualaikum wbt.
    seronoknya baca post percutian, rasa x puas baca pasal cuti2 ni. ๐Ÿ™‚
    saya nak mintak share tips jalan2 kat sane boleh? sy insyaAllah akan ke sana bulan 3 tahun 2012 ni. skrg tgah planning map perjalanan. mungkin akan turun di airport amsterdam. then ingat nak pusing holland, ke german. nak tambah 1 lg negara (especially swiss) tapi tak dpt gambaran pasal kos train, g gunung salji etc utk sehari je. kalau boleh mintak sis share pendapat ๐Ÿ™‚

    syukran ‘ala kulli hal! ๐Ÿ™‚

  2. sya

    Assalamualaikum wbt.
    seronoknya baca post percutian yg sis tulis, rasa x puas baca pasal cuti2 ni. ๐Ÿ™‚
    saya nak mintak share tips jalan2 kat sane boleh? sy insyaAllah akan ke europe bulan 3 tahun 2012 ni. skrg tgah planning map perjalanan. mungkin akan turun di airport amsterdam. then ingat nak pusing holland, ke german. nak tambah 1 lg negara (especially swiss) tapi tak dpt gambaran pasal kos train, g gunung salji etc (utk sehari je). kalau boleh mintak sis share pendapat ๐Ÿ™‚

    syukran ‘ala kulli hal ๐Ÿ™‚

  3. huda

    wsalam sya,

    maaf sbb sgtยฒ lambat nak respon. baru balik mesia and sebelum ni perlu settle banyak benda, terabai sikit blog ni.

    wahh seronok nya nak jln.. brape lama tu nak jalan? dan berapa org?
    kalau utk 3 negara, saya suggest beli rail pass utk 3 countries berdasarkan berapa hari.. so nanti agak flexible nak travel dalam 3 negara. (Eurail or Interail).. yg ni boleh naik semua jenis train (laju n slow).

    kalau bln 3 tu kat Zermatt or Jungfrau, kat Swiss masih byk snow (kena check blk).. Zermatt mmg tempat yg sngt saya suka :). dan swiss mmg sgt recommended.

    kalau germany, saya suggest jalan bahagian bavaria. sana byk tempat cantik n dan on the way ke swiss.

    ok, setakat ni dulu, kalau perlukan info, tanya je ya.

  4. afifah

    Salam akak,

    Nak tumpang tanye sikit blh? Sy pun i’allah akn ke europe bln 5 2012 nnt. turun kt paris, then pg swiss by train, pg amsterdam plk and last skali blk KL from London. I’allah kt swiss nnti, plan nk brmlm 2 mlm kt Lauterbrunnen. Ingt nk pg Jungfraujoch je. On the 3rd day, kne catch flight ke Ams from Geneva. The problem is sy cm confuse sket psl train ticket kt swiss ni. Based on survey yg sy buat, sy rse sy patut beli half fare travel card utk penjimatan yg berbaloi2 sepanjang kt sne.Tapi ble tgk2 balik choices passes/travelcards yg ade,sy pn da jd confuse balik. Tgk half fare card je dh de mcm2 jenis. Sy ni plak nk dok sne kejap je. Akk rse la kan which one ek yg sy patut beli? Satu lagi, bila patut sy beli? Beli online ke beli kat sne je? Hehe…sori byk sgt soalan. Really looking foward for your answer. Thanks.

  5. huda

    wsalam afifah,

    mesti seronok nak pi jalanยฒ nnti ๐Ÿ™‚

    OK, pasal half fare travel card tu, tak sesuai utk jln sekejap sebab card tu pon kena beli dgn harga CHF 165 utk kegunaan setahun. lepas tu kena beli tiket lain (yg ni dpt half price)…

    dari paris ke Lauterbrunnen dah ada tiket lain kan? Then, tiket yg perlu dibeli Lauterbrunnen-Jungfraujoch (pergi balik) dan Lauterbrunnen-Geneva Airport saja kan…

    So pada akak, beli normal ticket saja dan boleh beli on the spot kat sana.

    Pass sesuai yg perlu travel byk. Tapi since akak tak familiar sgt dgn tiket swiss, mungkin akak terlepas pandang kat mneยฒ…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!