Kehidupan

Yang Tersirat sebalik Yang Tersurat

Assalamualaikum w.b.t

Saya jarang sekali menulis di blog ini mengenai liku-liku yang saya lalui di negara yang terkenal dengan “Bratwurst” kerana saya tak nak rasa sedih apabila menulis blog. ┬áTambahan pula, sukar untuk digambarkan situasi yang saya lalui di sini. Orang kata, siapa yang pernah kena saja yang paham perasaan itu.

Beberapa hari lepas, saya sembang lama sangat dengan seorang kawan sebab dah lama sangat kami ni tak bersembang. Bila dah lama tak sembang memang cerita yang keluar tu tak putus-putus lah. Apa yang kami lalui di sini lebih kurang sama cuma cara mengharungi tu mungkin berbeza.

Antara kata dia yang masih terngiang-ngiang, “Kalau aku belajar kat Malaysia, mungkin dah lama habis. Lepas belajar terus jadi engineer. Memang tak terfikirlah nak buat benda lain sebab nampak jalan tu saja” . Lebih kurang macam tu lah.

Tapi bila kami belajar kat sini dan macam-macam dugaan yang tiba, kami mula menambah skill supaya jalan yang ada di hadapan semakin luas. Ada yang kerja part time, belajar menjahit dan saya sendiri belajar bisnes, menjahit dan menjinakkan diri dalam IT. Bila dah cuba jinak-jinakkan diri dalam skill lain, baru lah sedar rupa-rupanya ada benda lain lagi yang sangat seronok untuk dibuat selain menjadi engineer. Andai kata enginneer itu bukan bidang yang sesuai satu hari nanti, masih ada jalan lain yang boleh dipilih.

Disebabkan itu, saya percaya walaupon saya ni belajar tak habis-habis, saya yakin, ada banyak ilmu dan pengalaman lain yang penting telah saya pelajari dan akan saya pelajari.

PLEASE JANGAN TANYA BILA NAK HABIS BELAJAR ­čÖü

Itulah hikmah yang sangat besar saya peroleh di sebalik dugaan-dugaan yang sampai.

2 Comments

  • rawai
    October 29, 2010 - 18:03 | Permalink

    betul huda, ada hikmah disebalik segala yg Allah tentukan.. sebab Allah sayangkan kita & dia tahu yg terbaik utk kita. satu lg, mmg engineer bukanla kita punya matlamat hidup, kan?

    hang in there, huda. sabar, usaha & doa yg terbaik ­čÖé

  • huda
    October 30, 2010 - 00:17 | Permalink

    segala yg Allah tentukan, memang yg terbaik, cuma kita susah nak nampak.

    chaiyok!!!

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress