3 Jam di Düsseldorf

Assalamualaikum w.b.t

Hari Sabtu lepas saya seronok sangat sebab sisters dari jauh datang. Mula-mula hajatnya saya nak bawa jalan-jalan di EKO-Haus (japanese culture) sebab tempat ni sangat unik. Maklumlah, mana  nak cari penempatan orang Jepun kat eropah ni selain Düsseldorf. Tapi disebabkan kesuntukan masa, tak kesampaianlah.

Sampai saja di Düsseldorf, kami ke masjid berdekatan Düsseldorf Hbf beralamat Aderstrasse 91-93.  Hanya 6 minit jalan kaki.

Hilang segala kepenatan bila dah berehat dalam masjid ni. Masjid di Jerman ni digunakan sepenuhnya untuk beribadah, belajar, aktiviti riadah dan sebagainya. Fungsinya cukup meluas.

Kemudian kami ke taman berdekat Königsalle untuk makan KFC yang dibungkus khas dari Köln.

Plan awalnya, saya nak bawa sisters makan di salah satu restoran di Düsseldorf. Kalau nak tahu, kat Düsseldorf ni tersangatlah banyak restoran halal sampai rambang mata jadinya. Keluar saja dari Hbf, memang boleh nampak Restoran Turki, Arab, Lebanese, ataupon Asia. Tapi takpelah sebab sisters ni dah beli KFC  sampai sanggup ke Rudolfplatz, Köln sebab teringin nak makan KFC 🙂

Kemudiannya kami menikmati keindahan Königsalle yang menjadi daya tarikan di Düsseldorf.

Walaupon kesuntukan masa, tempat ni mesti pergi juga sebab sangat cantik dan unik disebabkan kedudukannya di kawasan shopping. Königsalle ni cuma 15 minit jalan kaki dari Hbf. Tapi disebabkan dah nak malam, susah nak snap gambar.

Apapon terima kasih kepada photographer, K.Izfa 🙂 . Nak update pasal Konsert Amal Pakistan tapi kena tunggu gambar dari photographer kami dulu. Ok, jumpa lagi.

2 thoughts on “3 Jam di Düsseldorf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!