Makanan otak dan rohani

Doa memelihara diri dari dicabul & dirogol

Assalamualaikum w.b.t

Doa ini dibaca oleh Sarah, isteri kepada Nabi Ibrahim apabila raja Mesir yang zalim datang mendekatinya untuk melakukan perkara yang keji. Sarah dikatakan seorang wanita yang sangat cantik dan raja Mesir pula seorang yang pantang melihat perempuan “dahi licin”. Raja itu akan mendapatkan mana-mana perempuan yang cantik dan sekiranya perempuan itu sudah bersuami, suami nya pula akan di bunuh.

Pada satu hari, raja Mesir mendapatkan Sarah dan Nabi Ibrahim. Terus raja bertanya kepada Nabi Ibrahim, siapakah Sarah. Nabi Ibrahim menjawab ” Dia saudara perempuanku” dan nabi Ibrahim berbisik kepada Sarah supaya mengatakan perkara yang sama kerana itulah yang terbaik dinyatakan pada masa itu.

Jadi raja ni apa lagi, dia mula nak buat jahat dan datang mendekati Sarah. Sarah berserah segalanya kepada Allah, dan membaca doa tersebut. Dengan izin Allah, raja tadi kaku, tidak dapat berbuat apa-apa. Sarah mula bimbang sekiranya raja Mesir itu mati kerana tentu sekali semua akan menuduh Sarah yang menyebabkan kematian raja. Jadi Sarah berdoa kepada Allah supaya pulihkan raja seperti sedia kala.

Namun apabila raja pulih, dia kembali mahu melakukan perbuatan keji kepada Sarah dan Sarah terus membaca doa. Perkara yang sama berlaku berulang-ulang sehinggalah raja Mesir tadi give up. Sarah kemudiannya dihadiahkan seorang hamba iaitu Hajar dan disuruh pulang.

Doa ini dari Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih

Sebagai seorang muslimah, kita juga diseru membaca doa ini terutamanya apabila keluar rumah bagi memelihara diri dari dicabul dan dirogol. Nauzubillah, begitu banyak kes-kes cabul dan rogol berlaku pada masa ini tidak kira samada mangsa itu masih budak, remaja, atau pon sudah berumur dan tempat berlakunya kes-kes sebegini juga sukar dijangkakan.

Namun mesti diingat, doa ini perlu selari dengan usaha kita untuk memelihara kehormatan diri. Pemakaian kita mesti menepati syarak dan pergaulan kita antara bukan mahram juga perlu dijaga. Yang paling utama, diri kita sendiri mestilah beriman kepada Allah dan RasulNya.

InshaAllah, marilah kita sentiasa memelihara kehormatan diri kita dan berdoa kepada Allah kerana Allah lah selayaknya dijadikan tempat bergantung.

One comment

  • amizah
    April 28, 2012 - 04:04 | Permalink

    Assalamualaikum w.r.t

    Huda,

    Thanks for sharing this doa.. Nak minta izin nak share doa ni (link entry ni skali) kat blog saya untuk manfaat pembaca. Harap Huda tak kisah ­čÖé

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress