Kehidupan

Konsert Amal Maher Zain, Mesut Kurtis, Saad Chemmari, Ammar 114

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah beli tiket masuk ke konsert Amal Pakistan. Tak sabar-sabar nak pergi Ahad ni, 07/11 di Collosseum Theater Essen. Tiket pon alhamdulillah cuma €12,oo setiap orang, masih mampu nak beli. Tak sabar-sabar juga nak jumpa kawan-kawan yang akan datang dari jauh.

Maher Zain ni mesti ramai yang dah kenal sebab baru saja lepas berjaya membuat konsert di Malaysia. Lagu-lagunya juga sangat sedap didengar dan mempunyai maksud yang sangat mendalam. Sekiranya belum mendengar lagu-lagu Maher Zain, silalah ke website Nasyid-Online.com . Semua lagu-lagu beliau dalam album pertama sangat best. Pertama kali dengar, mesti jatuh cinta.

Mesut Kurtis yang dilahirkan dalam keluarga turki, banyak menyanyi lagu-lagu berbahasa inggeris, arab dan turki. Antara lagu Mesut Kurtis adalah No One But Allah, Burdah dan Tala Al Badr. Sila layari website Nasyid-Online.com untuk mendengar lagu-lagu Mesut Kurtis.

Saad Chemmari pula dilahirkan di Casablanca dan berhijrah ke Jerman. Lagu-lagu beliau adalah dalam bahasa Arab dan Jerman seperti Der Prophet dan La Ilaha Illa Allah. Kepada yang belum pernah mendengar nasyid dalam bahasa Jerman, silalah ke Nasyid-Online.com dan dengarlah lagu dendangan Saad Chemmari.

Dan Ammar114 pula rentak lagunya adalah rap dan dalam bahasa Jerman. Antara lagu Ammar114 adalah Iqra Lies Im Quran, Liebe Schwester dan Meine Ummah. Kepada yang nak dengar nasyid versi Jerman sepenuhnya, memang sesuai sangatlah dengar lagu-lagu Ammar114. Lagu-lagunya telah saya letakkan di website Nasyid-Online.com . Jom Dengar 🙂

Semoga Allah permudahkan perjalanan kami ke konsert amal Pakistan 🙂

Info tambahan: Tiket boleh di book secara online /melalui telefon (€12,00) . Info lanjut sila ke Tuisa.de . Tiket juga boleh dibeli di Theater sebelum konsert bermula (€15,00).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress