Paint.net Tutorial

Paint.net tut: Cara nak padam Background

Assalamualaikum w.b.t

Saya nak tunjukkan cara kita nak buang background dari objek utama. Teknik ni penting apabila kita nak letak produk dalam online-shop supaya nampak lebih professional ataupon nak letak objek ni ke dalam gambar lain.

Plugin yang diperlukan:

AA’s_Assistant

Paint.net Plugins tutorial

Cara2:

1) Buka gambar yang akan di edit

2) Dengan menggunakan [Lasso Select] , pilih bahagian background yang akan dibuang

3) Tekan [del] . Bahagian yang dipilih tadi akan hilang

4) Ulang langkah ke 2 untuk bahagian-bahagian lain. Jika tidak biasa,pastikan selection tidak terlalu dekat dengan objek.

5) Padam bahagian yang masih tertinggal dengan menggunakan [eraser].
Kalau nak lagi smooth, guna size brush yang lebih besar.

6) Inilah hasil setelah bahagian-bahagian sekeliling objek dibuang. Namun kita lihat, sekeliling objek belum smooth.

7) Buka [Effects] – [Object] – [AA’s_Assistant] . Bahagian sekeliling objek akan menjadi lebih soft.
Alternatif, kita boleh guna [Feather].

Ok, setakat ini dulu tutorial yang simple.

Selamat Mencuba!

2 Comments

  • k.asma
    November 12, 2010 - 12:28 | Permalink

    k.asma xdownload lg plugin..nk minta tlg along le nnt..huhu

  • huda
    November 12, 2010 - 12:31 | Permalink

    k.asma, download and install plugin macam yg teh tulis tu….mesti jadi punya..
    nak buat sat je sebab file tu kecik je…

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress