Paint.net tut: Install Brush

Assalamualaikum w.b.t

Brush sangat penting apabila kita mahu melukis menggunakan Paint.net . Saya pon memang sangat suka guna brush ni. Namun bagi yang belum pernah mencuba, teknik ini agak rumit kerana banyak bermain dengan layer. Jadi saya cadangkan, belajar gabung beberapa layer terlebih dahulu.

Cara untuk install brush juga tidak begitu mudah, namun sekiranya anda mengikuti step yang saya nyatakan, insyaAllah akan berjaya.


Paint.net Plugins tutorial

Sekiranya Plugins yang saya tunjukkan telah di install, boleh ke [Effect] – [Tools] – [CustomMiniBrush] . Di situlah nanti kita boleh melukis. Jadi sekarang saya akan tunjukkan cara untuk install brush.

1 )  Download AbrViewer.net

2 )  Extract file abr ke dekstop supaya senang dijumpai.

3 )  Buka folder tersebut (Release_NET20_2.0) atau seumpamanya.

4 ) Buka abrViewer.NET (gambar pen). Biarkan dahulu, kita akan guna abrViewer.NET kemudian.

5 ) Download mana2 brush (ABR File) dalam website deviantart.com .

Extract file yang telah di download tadi ke dalam Folder AbrViewer [Release_NET20_20]

6 )  Buka semula abrViewer.NET. Tekan Load Brushes. Load file .abr dari folder Release_NET20_20.

7 )  Gambar brush akan kelihatan di sebelah kanan.
Tukar thumnails size kepada 500 .
Tekan Export.
Browse folder Paint.Net User File – Custom Brushes (Dalam Documents).
Tekan OK .

8 ) Buka Paint.net [Effects] –  [Tools] – [CustomBrushesMini] . Kita akan nampak brush yang kita install tadi. Bolehlah cuba-cuba conteng dahulu.

Website yang boleh download brush (ABR File):

dan banyak lagi. Search saja “download Photoshop brush” .  Ada juga file yang tidak compatible dengan Paint.net.

Ini pula contoh banner yang saya buat menggunakan CustomBrushesMini:

Ni banner website saya sendiri 🙂

Ni banner untuk Kuliah As-Syifa’

2 thoughts on “Paint.net tut: Install Brush

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!