Susahnya!!

Assalamualaikum w.b.t

Sumber gambar : tell.fll.purdue.edu

Kalau kita fikir-fikir sejenak, terlalu banyak perkara yang dulunya kita rasakan susah untuk dilakukan tetapi telah pon berjaya kita buat. Masa darjah satu, bahagi dan darab dalam matematik terasa begitu susah, lagi-lagi nak kena hafal sifir. Masa umur 6 tahun, bila tengok orang lain bawak basikal, rasa susah nya nak bawak tanpa roda tambahan. Tapi apa yang kita perasan, walau susah macam mana pon, budak-budak berusaha juga bawa basikal walaupon jatuh berkali-kali. Akhirnya basikal tu dah jadi kawan. Kalau tengok budak 1 tahun, susah betul nak buka dan tutup penutup botol. Tapi budak-budak ni tetap juga buka tutup, buka tutup botol sampailah mereka pandai. Bila dah pandai, membuka penutup botol menjadi mudah.

Dulu saya seorang yang takut untuk mengubah apa-apa di dalam komputer atau laptop sebab terlalu banyak yang saya tak tahu mengenai komputer, bak kata orang “buta IT”. Bila saya tengok orang guna CMD, saya rasa sangat kagum sebab saya sendiri takut nak tulis apa-apa dalam tu.

Tapi di sini, saya perlu belajar bahasa C, C++ dan java namun ianya menjadi sangat sukar sebab saya takut untuk bermain dengan software. Semasa saya buat praktikal di satu institut, saya mulai sedar, segala masalah IT, penyelesaiannya boleh dicari dari internet kerana sesuatu masalah itu, bukan kita sahaja yang alami. Begitu ramai yang melalui masalah yang sama dengan kita dan ramai juga yang berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Untuk membuat sesuatu program, saya sendiri perlu menganggap software tersebut tempat untuk saya mencuba dan bermain. Apabila sudah biasa bermain, sejak itu saya semakin tidak takut untuk mengubah apa-apa dalam laptop saya dan CMD yang saya rasakan seperti alien tadi sudah menjadi benda normal.

Sifu saya sangat suka kepada photography dan photo editing , dari situ saya mula mengenali Photoshop dan berangan nak belajar. Namun, melihat sifu saya menggunakan Photoshop, ianya saya rasakan begitu rumit dan mustahil untuk saya gunakannya. Tapi  jeles bila tengok gambar-gambar yang sifu saya edit, rasa juga nak cuba. Bila dah cuba, rasa lagi susah sebab terlalu banyak teknik yang perlu dipelajari, tambahan sifu saya ni garang bebenor dengan saya.  Kemudian saya stop sekejap belajar Photoshop sebab rasa susah. Satu hari, saya teringin sangat nak edit gambar, yelah, rugi juga kalau tak teruskan, jadi saya tengok tutorial dan edit step by step. Baru saya sedar, semua tu tak lah susah mana kalau kita tahu teknik asas. Dan sekarang saya dah tak rasa edit gambar tu seperti alien.

Sumber gambar: eoiguada.info

Masak pasta, spagetti dan western dulu saya rasakan sangat sukar dan saya rasa memang special lah siapa yang reti masak spagetti. Jadi saya malas nak belajar walaupon teringin nak makan. Tiba-tiba en.hubby saya ni pandai pulak bake pasta, walaupon cuma guna instant paste. Saya ni pula langsung tak pernah cuba, rasa tercabar jugak.  Jadi saya pon pergi kedai, beli buku resepi dan paksa diri untuk mencari bahan dan masak. Bila dah siap, “Oh senangnya masak pasta ni” . Errr, tapi saya tak guna instant paste macam en.hubby. Samalah juga dengan buat cheese cake dan masak lauk pauk. Semuanya akan menjadi sukar selagi mana kita tak mengambil langkah untuk mencuba.

Kemudian saya teringin nak buat roti sebab nak pelbagaikan menu masakan. Jadi saya belilah satu buku resepi dan saya minta en.hubby belikan oven. Mula-mula tengok resepi, rasa macam susahnya. Tapi saya katakan pada diri saya, nak tak nak, kena cuba juga. Jadi atau tak tu lain cerita, sebab en.hubby kena makan juga kalau tak jadi. hihihi. Hasil pertama saya kurang memuaskan tapi saya mula sedar, buat roti tidaklah begitu sukar tetapi untuk mendapatkan roti yang lembut dan sedap, perlu ada pengalaman dan pengalaman hanya boleh didapati kalau selalu buat roti. Impian saya, nak buat Croissant…Oh sedapnya. Kalau berjaya buat Croissant, mesti en.hubby lagi sayang.

Dalam beribadah pon sama. Sekiranya ada yang merasakan nak solat penuh 5 kali sehari tu susah, paksa diri dulu. Kalau rasa susah nak membaca Al-Quran setiap hari, paksa diri dulu. Lama-lama kita akan merasa semakin mudah dan bila dah mudah, kita akan terbiasa. Saya sendiri juga sentiasa memaksa diri untuk melakukan ibadah-ibadah tertentu kerana masih merasakan ianya sukar. Namun saya yakin, apabila langkah pertama sudah diambil, dan sentiasa memaksa diri, inshaAllah satu hari nanti, ianya menjadi mudah pada saya. Semua ini saya buat untuk diri saya sendiri untuk maju ke depan.

Ada satu perkara yang sampai sekarang saya rasa sangat susah…. Bawak Kereta…Oh, walaupon saya tahu percentage yang bawa kereta sangat ramai dan saya sendiri ada lesen kereta, saya masih merasa bawa kereta sesuatu yang sangat susah dan menyebabkan saya stress. Saya tak tau bila saya dapat jadikan stereng tu kawan saya. Mmmmm.

Kalau kita nak pandai dalam sesuatu perkara, jangan takut-takut untuk ambil step yang pertama. Bila kita dah mulakan tapak, inshaAllah perkara yang kita nampak sukar tadi akan menjadi lebih mudah. Yang penting, jangan gelojoh.

5 thoughts on “Susahnya!!

  1. nurul

    Wah, bagusnya post teh yang ni…simple dan penuh makna…
    Tapi…Teh takut bawak kereta yer?…kena tunggu balik malaysia lah..baru bole abg aidil paksa Teh bawak kete macam yana paksa Nurul..
    Guarantee pandai n expert trus..huhu

  2. k.asma

    k.asma kan ade angin kus-kus..susah nak tunggu waktu berani dan kompiden tu datang..kalau kena paksa,mudah pulak nak neles air mate..huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!