Kehidupan

~ Tagging ~

Assalamualaikum w.b.t

Setelah adik ipar saya, nurul dah 2 kali mintak tulis benda ni, saya tulis jugaklah. Tapi takpe, ni dengan rela hati tau. Walau apa pon, saya akan kurangkan tulis mengenai keluarga saya sebab saya rasa agak peribadi.

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

1 ) Kebanyakan kenalan panggil saya huda. Kat FH kawan-kawan panggil nurul. Keluarga panggil teh. Dalam keluarga kami, takde panggilan kak atau abang.

2 ) Alhamdulillah, Allah kurniakan kami keluarga yang besar. Memang seronok.

3 ) Makna nama saya Cahaya Petunjuk . Saya suka sangat nama tu walaupon simple, tapi penuh makna, kan.

4 ) Saya suka sangat makan ikan. Kalau orang bagi ratah lauk ikan, lagi suka. Seafood lain pon saya suka sangat.

5 ) Saya suka belajar masak dan saya tak kira, kalau masakan saya tak sedap, seseorang tu kena juga rasa. hihihi

6 ) Tapi saya suka masak lauk pauk saja. Buat cake, cupcake, kuih dan sebagainya saya kurang minat. Makan suka lah

7 ) Kecik-kecik dulu saya suka sangat main masak-masak ….

8 ) Lepas SPM baru saya belajar masak dan neneklah cikgu masak saya masa tu sebab mama tinggal jauh kat USM.

9 ) Masa umur 5 tahun saya tak masuk mana-mana tadika. Bila dah 6 tahun, baru masuk PASTI.

10 ) Dari kecik saya teringin nak belajar jauh dari rumah,  nak sekolah menengah di luar Terengganu. Akhirnya saya dapat pergi SMSAH. Seronok sangat walaupon jauh kat utara.

11 ) Kat sekolah menengah saya suka menjadi salah seorang yang plan sesuatu aktiviti. Tak kisah lah orang kat gila kuasa ke ….hihi

12 ) Sampaikan saya bertanding nak jadi BPP (Badan Perwakilan Pelajar) . Bila dah jadi, baru tahu, tugas tu bukan mudah. Buat sakit kepala adalah…

13 ) Saya teringin nak belajar jahit baju tapi saya selalu patahkan jarum. Jadi saya dah tak suka guna mesin jahit.

14 ) Saya suka jahit manik tapi dah lama saya tak sambung hobi ni sebab jahit manik ni boleh buat sakit badan.

15 ) Sebenarnya saya minat dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kraf. Bila buat sendiri, rasa puas hati.

16 ) Teringin nak belajar buat hantaran, buat pelamin dan sebagainya secara professional.

17 ) Saya suka sangat jalan-jalan tapi bukan dalam shopping complex sebab saya tak suka window shopping.

18 ) Saya suka pergi taman, zoo, museum, pantai, air terjun, bukit …ohhh banyak nya tempat

19 ) Nasib baik saya dapat seseorang yang suka jalan-jalan juga.

20 ) Kalau nak pergi mana-mana saya mesti plan dulu dengan teliti tapi sekarang saya belajar untuk tidak terlalu plan.

21 ) Dulu kalau orang ajak pergi mana-mana last minute, saya mesti tolak. Saya bukan tolak sebab tak de perasaan, cuma sebab saya jadi tak senang duduk bila tak ikut plan asal. Tapi sekarang saya belajar untuk tidak terlalu ikut apa yang saya dah plan.

22 )  Saya mula minat belajar edit gambar sebab saya jeles tengok seseorang tu edit gambar dengan cantik.

23 ) Sekarang ni seseorang tu lah saya punya sifu.

24 ) Orang kata, saya ni tegas. Tapi takpe, walaupon tegas, saya baik je 🙂

25 )  Saya sangat tak suka menunggu dan lagi geram kalau orang janji pukul 10, datang pula pukul 11. Lebih-lebih lagi tak bagitau apa-apa. Kalau saya pula yang terlewat dari apa yang saya janji, saya akan terdiam, tak senang duduk.

Ok setakat ni lah operasi menjawab tagging. Tak mau la tag orang lain.

5 Comments

  • aidil
    November 11, 2010 - 10:22 | Permalink

    patut la bersin td.. rupanya ada orang duk sebut2

  • k.asma
    November 12, 2010 - 03:39 | Permalink

    along citer gak,teh blaja masak ngan che’..along selalu puji teh bab2 masak n ke dapur nie..hehe..(kiranya,bg motivasi kt k.asma la tue..hehe)
    wah..menariknya hasrat teh pasal buat gubahan semua tu..nnt blh la buka butik..

  • November 12, 2010 - 09:07 | Permalink

    aidil: kesian en.aidil terbersin2…

    k.asma: k.asma tak pernah rasa lauk yg teh masak. ntah2 tak sedap mana pon….hihihhi
    buat gubahan semua tu bukan cita2 pon, cuma teringin je….hihii

  • nurul
    November 12, 2010 - 16:54 | Permalink

    masa kitorg kawen dulu, teh yg gubah hantaran pihak lelaki..

    • huda
      November 15, 2010 - 09:00 | Permalink

      Yang tu memang first time teh gubah hantaran 🙂

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress