Update Konsert Amal Pakistan

Assalamualaikum w.b.t

Konsert amal Pakistan ni dah seminggu berlalu, tapi baru hari ni saya dapat update dalam blog. Walaupon dah lama, nak juga letak dalam blog ni.

Alhamdulillah saya dan sisters diberi peluang ke konsert amal di Essen. Inilah kali pertama kami ke konsert seumur hidup. Sesampainya kami di Colloseum, orang dah ramai menunggu di pintu utama. MashaAllah ramainya orang pakai tudung. Seronok tengok. Pintu dibuka agak lewat dari yang dijangkakan, mungkin ada masalah teknikal.

Kat dalam tu ada macam-macam makanan yang dijual dan Subhanallah, sangat sedap. Tapi gambar makanan tak di snap sebab seronok sangat makan sambil sembang-sembang dengan sisters lain. Sebelum ke konsert, kenalah solat asar dulu dan tempat solat yang disediakan juga luas. Inilah seronoknya pergi konsert yang dianjurkan oleh Muslim.

Ini dia petunjuk untuk ke ruang solat.

Konsert sepatutnya bermula pukul 3.00 p.m tapi malangnya pintu theater tak buka-buka pon lagi sampailah pukul 4.00 p.m . Jadi sementara nak tunggu masuk theater, kami tinjau-tinjau dulu tempat beli belah.

Ini antara lukisan yang hendak dijual.  Memang cantik sangat lukisan-lukisan ni, tapi mestilah harganya pon cantik.

Ramainya yang melilau-lilau tengok barang sementara nak tunggu pintu theater dibuka.

Ini antara tiket beserta nombor tempat duduk. Pukul 4:00 pm baru boleh masuk theater. Tapi 4:30 pm baru start. Alahai lamanya delay, kesian orang yang nak balik jauh.

Konsert pertama dimulakan oleh penyanyi yang famous dengan lagu-lagu turki dan arab iaitu Mesut Kurtis. Adalah dalam 6 lagu juga dia menyanyi dan lagu-lagu dia memang best.

Kemudian diteruskan oleh Ammar 114. Dia ni nyanyi semua rap, dalam bahasa Jerman dan rupanya sangat famous kat Jerman. Cuma saya tak kenal, tapi saya pon kurang minat dengan rap ni. Comel je bila tengok budak2 bagi bunga kat diorang.

Kemudiannya konsert berehat selama setengah jam untuk memberi laluan kepada solat dan makan.

Lepas berehat, kami didendangkan dengan lagu-lagu dari Saad Chemmari bersama orchestra nya. Ya Allah, dia ni nampak sangat penyayang. Lagu-lagu dia pon sangat best, ditambahkan lagi dengan pembawaan yang penuh perasaan.

Dan akhirnya, keluarlah penyanyi yang dinantikan ramai. Rupanya Maher Zain ni kat Jerman pon sangat famous sekarang sampaikan budak-budak pon nak nyanyi sama-sama atas pentas. Memang sweet.

Apa-apa pon, malam tu kami sangat seronok sebab dapat jumpa sisters dan dapat dengar nasheed dari penyanyi-penyanyi terkenal. Dekat pukul 9:00 malam tu baru habis konsert, memang penat sangat rasanya. Nasib baik nak sampai rumah cuma 30 minit tapi sisters yang lain mungkin lewat malam juga sampai rumah masing-masing 🙂

3 thoughts on “Update Konsert Amal Pakistan

  1. k.asma

    br perasan update psl konsert nie,huhu..
    waa..maher zain keluar last tu..hehe..kt mesia hr tue pun dia jemput bdk naik pentas sama2..cayalah,sampai bdk2 kecik pn blh hafal dia punya lagu..mmg best.!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!