Andalusia : Sewa Kereta atau Naik Keretapi

Assalamualaikum w.b.t

Kunjungan Jali dan Adul ke blog saya, bertanyakan tentang Andalus membuatkan saya rindu kepada Andalusia. Oh, tempat ini sangat saya sukai. Kembara dari Valencia ke Granada, terus ke Cordoba dan akhir sekali ke Seville memberi begitu banyak kenangan. Dalam masa yang sama ia membuatkan saya ingin terus menyelongkar sejarah agung kerajaan Islam Moor di sana dan bagaimana kerajaan yang begitu kuat serta hebat itu boleh jatuh, hancur berkecai. Jadi saya menulis “Menjejaki Sejarah Andalusia” . Walaupon saya cinta kepada Andalus, perasaan sedih dengan kejatuhan itu tak dapat hilang hingga ke hari ini.

Ok, kembali kepada tajuk asal “Sewa Kereta atau Naik Keretapi” . Jika di Jerman, Switzerland dan Austria, saya suka kembara dengan keretapi kerana sistemnya yang efficient. Di UK pula, lebih elok menaiki bas. Itali dan Perancis, bolehlah nak naik keretapi tetapi di Andalus saya lebih suka kembara dengan kereta. Daerah Granada, Cordoba dan Seville letaknya berdekatan antara satu sama lain, jadi lebih mudah kalau kita menaiki kereta.

Bagi yang mempunyai lesen antarabangsa, tak perlu risau kerana saya yakin semua penyewa kereta akan menerima anda. Namun bagi yang bawa lesen Malaysia, kena hati-hati nanti dah book, bila nak pergi ambil, tiba-tiba kena reject. hihi. Kami dulu pon kena macam tu juga, hancur luluh hati sebab yang itu sangat murah. Tetapi saya rasa kalau penyewa-penyewa kereta yang terkenal, mereka tak kisah lesen apa, tidak begitu strict macam di Jerman. Nak book pula, kena ada kad kredit, jadi kalau takde kad kredit nak book macam mana, kan?

Selain dari book online, boleh juga sewa terus apabila tiba di airport atau pon boleh sewa kat stesen keretapi utama. Harganya mahal sedikit dari book online (Of course book awal lagi murah, kan). Tapi kira ok lagi lah harga tu. Proses pon tak begitu lama, cuma perlu diingat lunch break orang Spain ni sangat lama, lebih kurang dari jam 12:00 hingga 15:30 . Dulu, masa kami habis macam tu saja sebab bila nak cari kereta, semua booth tutup pula tengahari. Sedih sangat, dah lah mula2 kena reject, lepas tu semua booth tutup , cari kedai internet, tak boleh print pulak. Itulah yang dikatakan pengalaman.

Kereta yang dipilih tu kalau boleh, janganlah lebar sangat sebab jalan di Granada ni sempit-sempit. Kalau tengok orang Spain bawa kereta, rasa kagum sangat sebab diorang boleh mencelah kat lorong-lorong kecil. Yang paling kelakar, masa kami balik dari Al Hambra, GPS bawa kami guna jalan bersimpang siur dan curam, macam rally dah. Tapi pengalaman naik kereta kat Granada memang best, sebab jalan kat sana unik berbanding tempat lain.

Sesuatu yang mungkin menjadi masalah kat Spain ialah tempat parking kereta di kawasan tourism. Dulu pagi-pagi kami akan sampai di destinasi utama, jadi senang nak dapat parking. Kami sampai pagi buta sebab tido dalam kereta di tempat rehat. Highway kat sana banyak tempat rehat dan polis pon meronda sepanjang masa, tak takut nak tido. Jadi tips saya, parkinglah pagi-pagi buta. hihi.

Di Seville, kami parking dan kemudian ronda-ronda naik bas. Tiket bas masa tu, sangat murah. Cuma 1,00€ one way. Teringin juga nak ronda dengan bas masa tu. Sesiapa yang nak naik kereta di Andalus, kena ingat orang Spain ni suka parking double, lepas tu tinggal berjam-jam. Kami dulu tersekat tak boleh keluar parking, tak tau nak buat macam mana. Sebab lama tersekat, boleh makan-makan lagi dalam kereta. Lepas tu terdengar orang belakang bunyikan hon sekuat-kuatnya sebab dia pon tak boleh keluar. Rupanya itulah cara nak panggil tuan punya kereta yang parking double.

Oh ye, kat Spain banyak highway yang free, memang best, tak macam Malaysia, asal masuk highway je, kena bayar. Highway yang kami pilih dulu pon semua free. Cuma kalau naik kereta ni, kena fikir pasa bajet minyak dan parking. Kat tempat biasa, parking murah. Tapi kat Al Hambra contohnya lebih mahal berbanding biasa.

OK, rasanya setakat ni dulu cerita kereta di Spain. Pastikan kereta yang disewa dipulangkan dengan baik supaya duit deposit dikembalikan. Kami dulu tak ke Barcelona sebab tak berminat sangat.

Selamat berjaulah kepada semua yang bakal ke Andalus. Semoga membawa kenangan indah dari sana.

2 thoughts on “Andalusia : Sewa Kereta atau Naik Keretapi

  1. Jali

    Salam ziarah dan syukran atas post khas untuk kami. Hehe. Kami sebenarnya pelajar perubatan dari Mesir, ingin membuat jaulah ke France, kemudian Spain. Di France ada kawan-kawan yang berkhidmat, cuma di Spain tiada pelajar Msia. And kami tiada kad kredit memandangkan sistem pelajar di sini tidak memerlukannya. Jadi, dari info yg kak Huda berikan, kemungkinan kami akan tiba di Airport Madrid, dan membuat penyewaan di mana-mana counter sewa kereta (yang menerima lesen Msia). Hehe. Emm ingat lagi tak, anggaran sewa yang dikenakan? Sbb nak bajet duit. Lg 1, ape maksud wang deposit akan dikembalikan?

    Plan awal nak ziarah Andalusia je, nak tgok sejarah yg ditinggalkan zaman khalifah dulu. Sedih juga bila tau mcmane Spain Inquisition blaku. Hampir 350 tahun nak bersihkan sisa umat Islam di sana.. Harap dapat amek bnyk pengajaran bila sampai kt sane.

  2. huda

    owh jauhnya mengembara, inshaAllah sgt best..
    harga sewa boleh di survey dari online booking, tapi tambahlah bajet dari harga online..
    harga masa pergi dulu, tak ingat dah brape

    nanti dia akan minta deposit kot2 kereta tu calar dan sebagainya, tapi tak pasti kalau bayar cash, macam mana diorang bagi balik deposit tu…kena tanya diorang lah yang tu..

    di spain masih ramai umat islam, alhamdulillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!