Kehidupan

Emirates Airline, Dubai Airport & Düsseldorf

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari lepas memang sangat memenatkan. Hari Sabtu pagi, bertolak Penang ke Dungun untuk kenduri Usop. Ahad tengahari pula ke KLIA, malamnya berlepas ke Dubai-Düsseldorf dan sampai rumah Isnin petang. Terus pengsan.

OK, berbalik pada cerita Emirates Airlines. Tak sangka pula flight EK343 dari KUL ke DXB dah upgrade. ICE dah widescreen dan cabin semakin cantik . Yang paling best, penumpang tak ramai, jadi boleh baring untuk tido.

Sumber gambar: Wikipedia.org

Macam inilah ICE baru tu. Lebih mudah digunakan dan boleh cucuk USB kalau nak tengok gambar dari camera.


Sumber gambar: wikipedia.org

Cantik kan cabin Emirates Airlines ni. Bertambah best sebab seorang dapat 3 atau 4 seat. Boleh tido dengan lena.

Dari Dubai ke Düsseldorf pon tak ramai orang, jadi boleh baring juga, tapi flight EK 055 masih yang lama.

Dalam flight ni, kita tak perlu risau kalau lapar sebab makanan memang banyak, saya sendiri tak mampu nak habiskan setiap hidangan. Makanan dalam Emirates ni pon sedap semuanya.

Di Dubai juga, kita boleh dapat makan free di Emirates Transit kalau transit sekurang-kurangnya 4 jam. Sebelum ni sekurangnya 3 jam, jadi terkejut sangat bila orang tu cakap saya tak boleh makan kat situ sebab masa transit cuma 3 jam lebih. Malu pon ada, tapi dia bagi juga masuk, katanya cuma kali ni boleh.

Sampai di Düsseldorf, suhu luar cuma 0 degree. Wah sejuknya dan licinnya jalan, maklumlah saya ni pakai kasut biasa saja dari KL.

Macam mana nak tarik ni? Masa nak angkut beg seberat 25kg ni dari jalan ke tempat tunggu bas, ada seorang budak kecik tolong. Rasa terharu betul. Masa kat airport pula, saya hampir-hampir tergelincir masa tolak beg , jadi ada orang offer tolong. Sepanjang saya duduk sini, memang senang orang nak offer tolong angkat beg kalau kita macam terseksa. hihihi.

Oklah, setakat itu dulu cerita pasal flight dan beg. Alhamdulillah selamat juga sampai. Jumpa Lagi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress