Cuti-cuti Malaysia

Kelantan: Masjid Cina, Rantau Panjang

Assalamualaikum w.b.t

Selesai majlis di Besut, saya dan keluarga suami ke Kota Bharu untuk berehat. Dalam perjalanan ke Pulau Pinang kami berpeluang singgah di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau dikenali dengan nama Masjid Cina yang terletak di tepi jalan utama  ke Pekan Rantau Panjang.

Dah lama saya teringin nak singgah di masjid cina ini setelah melihat keunikan masjid ni dalam rancangan “Dari Masjid ke Masjid” , di TV3 semasa bulan Ramadhan yang lepas.

Masjid ini masih baru dan semasa kami singgah, kelihatan sudah banyak tetamu masjid menunaikan solat. Kebersihan masjid ini juga sangat terjaga dan saya berharap ianya kekal bersih pada masa akan datang. Dalam masyarakat kita, kebersihan saya rasa sangat kurang dititik beratkan walaupon ianya adalah sebahagian dari iman. Apabila dikatakan sebahagian dari iman, bermakna kebersihan itu sangat penting. Namun, sayang sekali melihat sikap masyarakat kita apabila menggunakan tandas di masjid.

Binaan masjid sebegini di Malaysia mampu membuka minda rakyat Malaysia, bahawa senibina masjid tidak hanya terhad seperti kebiasaan yang kita lihat. Masjid Cina ini juga membuktikan, “masuk Islam itu bukan bererti masuk Melayu” yang menjadi salah anggap kebanyakan masyarakat kita. Mereka masih boleh menggunakan senibina sendiri dan mengamalkan tradisi mereka selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress