Cuti-cuti Malaysia

Pesta Bunga Pulau Pinang 2010

Assalamualaikum w.b.t

Tinggal di Pulau Pinang saya rasakan best sebab ada macam-macam aktiviti. Tahun ini, buat pertama kalinya saya berkesempatan ke Pesta Bunga yang diadakan dari 11/12/2010 hingga 19/12/2010 di Botanical Garden.

Ini pokok dan bunga yang menghiasi bulatan di hadapan botanical garden. Kalau tengok secara life, memang sangat cantik.

Ini pula antara pokok bonzai yang dipertandingkan. Cantik-cantik semuanya, mesti penuh teliti tuan yang menjaga ni. Selain itu, ada pelbagai jenis pokok yang dijual di pesta ini. Jadi, bagi penggemar pokok, boleh dapatkan tips menjaga pokok dari pakar-pakar yang ada di sana. Kami masih belum bersedia untuk menjaga pokok, jadi tengok saja lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress