Makanan dan resepi

Resepi: Puding Cream Caramel

Assalamualaikum w.b.t

Lepas kenduri Usop di Dungun, saya belajar buat puding cream caramel dari mak sedara. Dah banyak kali makan yang mak sedara buat, tapi tak pernah belajar.

Bahan-bahan:

  • 8 biji telur gred B
  • 3/4 tin susu pekat (standard size)
  • 3/4 tin air
  • 1 sudu kecil tepung kastard
  • 2 penutup esen vanila
  • sedikit gula untuk topping

Cara-cara:

  1. Pecahkan semua telur dan kacau dengan sudu (jangan sampai kembang)
  2. Masukkan susu pekat, air, tepung kastard, esen vanila dan kacau lagi hingga rata. Pastikan tepung kastard dibancuh terlebih dahulu
  3. Letak gula dalam loyang dan panaskan sehingga gula cair.
  4. Masukkan bancuhan tadi ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 45 minit.
  5. Boleh test dah masak atau belum dengan menggunakan garpu. Kalau tak lekat, kira ok lah
  6. Terbalikkan cream caramel ke atas piring.

Selamat Mencuba!

2 Comments

  • k.asma
    January 3, 2011 - 10:35 | Permalink

    pencuci mulut yg sgt best..yum..nyum….buat kuih ni nak kena jaga dia punya gula hangus..kalu terpahit kurang le skit ke’nyum-nyum’ nyer tu kan?hehe..

  • huda
    January 5, 2011 - 17:31 | Permalink

    oo yeke k.asma …
    teh tak pernah lagi merasa yang pahit tu …
    belum cuba buat sorang2… haritu atas tunjuk ajar cu

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress