Review Buku: Imam Hanafi

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini saya mahu review novel berjudul Imam Hanafi yang saya rasa sangat best, memberi semangat dan dalam masa yang sama menitiskan air mata.

Tajuk buku: Imam Hanafi
Penulis: Abdul Latip Talib
Genre: Novel Sejarah Islam
ISBN: 978 983 3892 77 8
Penerbit: PTS Litera SDN BHD
Jumlah Muka Surat : 272
Harga Semenanjung : RM24.00
Harga Sabah/Sarawak : RM27.00

Novel dimulakan dengan kisah tragis di daerah Kufah apabila ulama-ulama dibunuh sesuka hati oleh pemegang kuasa.  Cerita dipenuhi dengan  kezaliman yang berlaku pada zaman Bani Umayyah . Saya masih kurang mengerti mengenai kekusutan yang terjadi pada zaman pemerintahan Bani Umayyah dan pada zaman Bani Abbasiyyah. Namun apabila membaca kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah pada waktu itu, ianya wujud juga pada zaman kita sekarang.

Kelahiran Imam Abu Hanifah sangat mengembirakan kedua ibu bapanya yang menginginkan anak mereka nanti menjadi seorang ulama. Ayahnya, seorang peniaga telah hilang tanpa ditemui, mungkin juga dibunuh. Namun harta peninggalan yang banyak telah digunakan ibunya sebaik mungkin untuk memastikan Abu Hanifah mendapat pendidikan secukupnya. Watak ibunya sangat penting dalam novel ini kerana ibunya yang gigih berusaha membawa Abu Hanifah untuk pergi berguru dengan pelbagai ulama.

Walaupon Abu Hanifah sangat sibuk berguru, beliau mempunyai perniagaan yang besar yang mana minat kepada perniagaan ini diwarisi oleh bapanya. Saya sangat mengagumi cara beliau berniaga. Sifatnya yang sangat jujur, menitikberatkan pelanggan dan pekerja, sangat perlu di tauladani oleh masyarakat kita. Sekiranya anda terus membaca novel ini, terasa seperti ingin menjadi peniaga seperti beliau. Yang paling saya kagumi, dalam masa perniagaan Imam Hanafi semakin maju, banyak juga masanya digunakan untuk berguru serta mengajar anak murid yang ramai.

Ketokohnya yang tinggi membuatkan beliau ditawarkan menjadi kadi semasa pemerintah Bani Umayyah di bawah Khalifah Marwan dan kemudian ditawarkan jawatan gabenor semasa pemerintahan Bani Abasiyyah di bawah Khalifah Abu Jaafar Al Mansur . Namun disebabkan tujuan perlantikan gabenor itu hanya untuk mengukuhkan pemerintahan yang sedia ada, Imam Hanafi menolak dengan baik sehingga Imam Hanafi dipenjara dan diseksa supaya menerima perlantikan gabenor. Bersama iman yang kukuh, Imam Hanafi langsung tidak berganjak dari keputusannya sehinggalah beliau dibunuh dengan racun.

Hati saya bagaikan disiat-siat membaca kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah kepada seorang ulama hanya kerana kuasa yang tidak kekal abadi. Di negara kita, juga berlaku perkara seumpama apabila golongan ilmuan dan agama disumbat ke ISA sesuka hati tanpa dibicarakan. Nah, bukankah ada persamaan di situ? Dan semua itu dilakukan demi kuasa yang tidak kekal abadi.

One thought on “Review Buku: Imam Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!