Makanan otak dan rohani

Review Buku: Perang Uhud

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini saya akan cuba buat review buku-buku yang saya baca sebagai panduan untuk pengunjung blog saya ­čÖé Manalah tahu, nanti berminat, boleh lah beli dan baca.

Tajuk buku: Perang Uhud
Penulis: Abdul Latip Talib
Genre: Novel Sejarah Islam
ISBN: 978 983 3892 89 1
Penerbit: PTS Litera SDN BHD
Jumlah Muka Surat : 254
Harga Semenanjung : RM24.00
Harga Sabah/Sarawak : RM27.00

Novel dimulakan dengan nama-nama tentera Islam yang syahid di medan perang. Bagi memudahkan kita memahami situasi semasa perang Uhud, peta pertempuran antara tentera Islam dan Quraisy disediakan dan kita dapat melihat bagaimana tentera berkuda Quraisy menawan bukit Uhud setelah pasukan pemanah Islam meninggalkan posisi .

Bahasa penulisan yang simple, ditambah pula dengan dialog bersahaja, memudahkan minda kita untuk kembali ke zaman Rasulullah. Langsung tidak terasa berat apabila membaca kisah peperangan ini dari mula hingga akhir. Namun, saya menasihati sesiapa yang ingin membaca buku ini, terlebih dahulu mencari info ringkas mengenai Perang Uhud dan pengorbanan sahabat-sahabat dalam peperangan ini supaya hati berasa tidak sabar-sabar untuk meneruskan pembacaan.

Kisah dimulakan dengan kekecewaan pihak Quraisy yang kalah dalam perang Badar walaupon perbezaan bilangan tentera sangat besar. Abu Sufian bin Harb orang yang bertanggungjawab mempengaruhi orang Quraisy untuk memerangi orang Islam. Pelbagai perancangan dilakukan, pertolongan dari suku lain dipohon untuk memantapkan tentera mereka. Beberapa peperangan kecil berlaku, dan semuanya berpihak pada tentera Islam.

Akhirnya tibalah pertempuran di Bukit Uhud, yang mana pasukan tentera Quraisy diketuai oleh Abu Sufian bin Harb, Khalid Al Walid (semasa kejadian, beliau belum memeluk Islam) dan Ikramah manakala pasukan wanita diketuai oleh Hindun. Tentara Islam dibahagikan kepada 3 pasukan iaitu kumpulan Muhajirin yang berasal dari Mekah, benderanya dipegang oleh Mush’ab bin Umair, kumpulan Aus dari kaum Ansar, benderanya dipegang oleh Usaid bin Hudlair dan kumpulan Khazraj dari kaum Ansar, benderanya dipegang oleh Al Habbab bin Al-Mundzir.

Permulaan peperangan Uhud menyaksikan kemaraan tentera Islam sehingga meyebabkan tentera Quraisy terpaksa mengundur. Namun pasukan Muslimin gelap mata melihat harta bersepah lalu berebut untuk mengambilnya. Kelemahan pasukan Muslimin ini digunakan oleh Panglima Khalid Al-Walid sepenuhnya. Harta yang masih ada dijadikan umpan supaya pasukan Muslimin meninggalkan pucak bukit. Mereka yang sudah gelap mata, sudah lupa pesanan Nabi supaya terus berada di posisi masing-masing dalam apa jua keadaan.

Akhirnya dalam sekelip mata, tentera Quraisy berjaya menguasai keadaan. Suasana menjadi kacau bilau, ramai tentera Muslimin mati dan Rasulullah berada dalam keadaan bahaya. Pada masa ini dapat kita bayangkan betapa tinggi pengorbanan sahabat-sahabat nabi untuk mempertahankan Rasulullah tercinta, antaranya Abu Bakar, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Ali bin Abi Talib, Abu Talhah dan ramai lagi.

Peperangan berakhir dengan kekalahan tentera Muslimin, dan berita yang sangat menyedihkan adalah kematian bapa saudara Nabi, Hamzah dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Namun kisah ini tidak hanya terhenti setakat itu, terdapat lagi plan-plan lain untuk melakukan peperangan.

Sesuatu yang sangat menarik dalam novel ini adalah apabila penulis meletakkan ayat-ayat Al Quran yang diturunkan pada peristiwa-peristiwa tertentu.

Pada saya, novel tulisan Abdul Latip Talib sangat menarik dibaca kerana lebih mudah untuk kita memahami sejarah Islam.

3 Comments

  • k.asma
    December 7, 2010 - 13:47 | Permalink

    td jumpa novel2 sejarah islam tulisan abdul latip ni..(tp xbeli lg,huhu)
    mmg bahasanya santai dan mudah difahami..

  • huda
    December 8, 2010 - 03:43 | Permalink

    Teh ada beberapa novel Abdul Latip ni . Nanti k.asma nak pinjam, boleh jugak ­čÖé

  • k.asma
    December 8, 2010 - 07:08 | Permalink

    wah,idea cantik tu..nak3x..hehe

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress