Hosni Mubarak bakal senasib Zine al-Abedine Ben Ali ?

Assalamualaikum w.b.t

Apabila kita meneliti sejarah kerajaan terdahulu, kita akan perasan, kerajaan yang kejam ke atas rakyat selalunya mengalami pengakhiran yang hina. Kerajaan yang mulanya gah selama beberapa dekad, akhirnya jatuh melalui kebangkitan rakyat yang hidup dalam kesengsaraan. Jangan memandang rendah dengan suara rakyat!

Minggu lalu, bekas presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali dan keluarga terpaksa melarikan diri ke Saudi akibat revolusi Tunisia.  Sekutu kuatnya, Perancis sendiri tidak mahu membenarkan mereka mendarat di Perancis, menunjukkan bekas presiden itu sudah tidak diperlukan lagi apabila hilang kuasa. Semakin lama Presiden Tunisia itu memerintah, semakin tersepit hidup rakyat. Harga barang semakin meningkat, pengangguran semakin meningkat, penyelewangan berlaku secara berleluasa dan banyak lagi.

Sumber Gambar: Al Jazeera

Berinspirasi dari kebangkitan rakyat Tunisia, rakyat di Mesir  mula melakukan protes secara besar-besaran untuk menyingkirkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama 3 dekad. Berita mengenai kebangkitan rakyat Mesir ini boleh di baca di Al-Jazeera.

Siapa sangka, laman Facebook dan Twitter telah menjadi tempat perbincangan rakyat Mesir terutamanya golongan muda untuk berganding bahu mengadakan protes secara besar-besaran terhadap corruption, kenaikan harga barang yang melampau, kos taraf hidup meningkat dan banyak lagi. Semangat yang kuat dalam diri, menyebabkan mereka seperti sudah “immune” dengan gas pemedih mata, sudah tidak takut dengan water canon, dan seperti sudah bersedia untuk berhadapan dengan kematian. Rakyat sanggup melakukan apa untuk memperjuangkan hak mereka.

Siapa tidak kenal dengan pemerintahan kuku besi presiden Hosni Mubarak . Gerakan Ikhwanul Muslimin disekat. Penyokong dan pendukung Ikhwanul Muslimin ditangkap tanpa sebab yang logik. Demokrasi tercemar.  Siapa lagi yang menyekat pintu masuk ke Gaza kalau bukan kerajaan Hosni Mubarak, sehinggakan bantuan tidak dapat disalurkan kepada rakyat Palestin?

Jawatan yang disandang adalah satu amanah yang besar. Namun dengan jawatan juga, manusia boleh menjadi rakus dan buta hati. Adakah kebangkitan rakyat Mesir ini akan mengakhiri pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak?

3 thoughts on “Hosni Mubarak bakal senasib Zine al-Abedine Ben Ali ?

  1. batrisya

    mesia susah skit nak buat demo,kene sembur air pun berterabur lari……kalau yang paling samseng dan berani kat mesia pegi kat mesir jadi ayam ajer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!