Makanan otak dan rohani

Keuntungan Berlipat Ganda

Assalamualaikum w.b.t

Kita pernah dengar ada sesetengah pelaburan menjanjikan pulangan RMxxxx atau RMxx xxx setiap bulan. Mesti teruja masa mula-mula mendengar. Namun pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap ini terang-terang haram dalam Islam. Jadi tak boleh lah kita nak join.

Kemudian satu hari, kita diperkenalkan dengan satu perniagaan yang mempunyai potensi cukup besar. Keuntungan juga dijangkakan sangat tinggi. Jadi kita pasti tidak teragak-agak untuk berkecimpung dalam perniagaan tersebut dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pulangan yang lumayan walaupon kita tidak pasti berapa peratus keuntungan yang kita bakal peroleh samada kurang 100% ataupon lebih. Tapi yang paling utama, kita akan cuba sedaya upaya untuk tingkatkan prestasi dan pulangan.

Namun, ada satu pelaburan yang dijanjikan keuntungan berlipat ganda oleh Allah s.w.t iaitu beribadah pada satu malam yang penuh istimewa, penuh berkat dan ketenangan. Malam itu berlaku hanya satu kali setahun, semestinya malam Lailatul Qadar. Walaupon bulan Ramadhan telah berlalu, saya sangat tertarik apabila memikirkan ayat-ayat Allah dalam surah al-Qadr (97). Begitu istimewa malam lailatul qadar, sehingga ada surah khas untuk malam tersebut.

Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr. Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu? Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah). Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing .

al-Qadr (97:1-5)

Kita tidak mampu memahami di sebalik malam lailatul Qadar disebabkan akal kita terbatas, namun kita diberitahu Allah tentang kelebihan malam tersebut.

[97: 2] Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu?
[97 : 3] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan

Mengikut ayat ini, perniagaan akhirat pada malam lailatul Qadar dijanjikan keuntungannya seribu peratus. Banyak bukan? Namun inilah janji Allah kepada hamba-Nya. Seribu bulan jika kita kirakan adalah bersamaan lebih dari 83 tahun. Kalau kita sebut dalam bulan, tak nampak lah lama, tetapi apabila ditukar pada tahun, lamanya!! . Sekiranya kita nak beribadah selama 83 tahun pon, kita tak pasti akan hidup lama ataupon tidak. Walaupon kita menjaga kesihatan, bersenam dan sebagainya, ianya tidak memastikan yang kita akan hidup lebih 83 tahun. Itu belum ditolak dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Sungguh beruntung sekiranya kita berjaya beribadah pada malam lailatul Qadar.

Saya sangat berharap Allah  mempertemukan kita dengan malam lailatul Qadar seterusnya supaya kita berpeluang untuk beribadah pada satu malam yang begitu indah dan istimewa. Istimewanya lagi malam lailatul Qadar kerana itulah malam yang mana Al Quran mula diturunkan.

[97: 1] Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr.

Kalau di Malaysia, kita namakan Nuzul Quran yang mana menjadi hari cuti umum.  Walaupon Nuzul Quran disambut pada 27 Ramadhan, kita tak boleh tentukan bilakah malam lailatul Qadar setiap Ramadhan. Jadi kenalah kita consistent beribadah dari awal Ramadhan dan mempertingkatkan nya di akhir Ramadhan. Saya tahu sememangnya sukar, seperti saya sendiri, sangat bersemangat pada awal Ramadhan dan kerap tergelincir di akhir Ramadhan.

Jadi bila Ramadhan sudah hampir nanti, ingatkan saya untuk membaca surah al Qadr ni supaya bertambah-tambah semangat untuk beribadah.

Bukan ke manusia ni kalau dijanjikan sesuatu yang manis, akan bersemangat tinggi? 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress